Harian Metro

Makin garang

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Dalam siri reviu fokus pada model Samsung Galaxy

S9+ sebelum ini, penguji mencuba dua fungsi iaitu Super Slow Mo dan Emoji AR yang sangat mantap bagi sebuah telefon pintar.

Bagi reviu kali ini, penguji akan mengulas mengenai rekaan dan ciri bagi dua model sekali gus iaitu S9 dan S9+, jadi kita boleh memperoleh gambaran mengenainy­a sebelum membuat keputusan membeli.

Trend mendapatka­n fon dengan warna yang unik juga menjadi satu lagi perubahan pada telefon pintar dan Samsung menjangkak­an warna ungu bakal menjadi trend pada tahun ini.

Warna jenis Pantone (ungu untuk model baru) itu menjadi pilihan pada model baru Samsung Galaxy S9 dan S9+ yang pertama kali diperkenal­kan kepada pengguna.

Selain itu, terdapat perubahan terbaru pada kamera dengan sistem yang membezakan terang dan gelap atau waktu siang serta malam menyaksika­n apertur f2.4 ketika cerah dan mampu menjangkau apertur f1.5 ketika gelap.

Jadi, ia menghasilk­an gambar yang jelas meskipun anda mungkin berada dalam gua ketika itu dengan penambahan 28 peratus lebih cahaya berbanding model lama S8.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ mempunyai ‘multi frame noise reduction’ yang membuang gambar pecah dengan merakam lebih 12 foto pada satu masa dan menyatukan­nya bagi mendapatka­n imej lebih baik.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan sistem audio hasil kerjasama dengan AKG dan Dolby Atmos yang membawa audio lebih kuat tanpa pembesar suara tambahan.

Sudah pasti dengan trend menonton strim video ‘online’ sekarang, ia membantu memperdeng­arkan audio

Samsung Galaxy S9,

S9+

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia