Harian Metro

Jumpa Park Bo Gum

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Lebih 10,000 peminat membanjiri pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksika­n selebriti Korea, Park Bo Gum sempena pelancaran peranti terbaru Samsung Galaxy S9 dan S9+

Park Bo Gum yang tiba tepat pada jam 7 malam memberi sedikit perincian mengenai dua model Samsung terbabit sebelum mencuba fungsi ‘Super Slow Mo’ pada S9 dengan tiga peminat bertuah di atas pentas.

“Fungsi baru Samsung Galaxy S9 dan S9+ seperti Super Slow Mo dan emoji menawarkan sesuatu yang baru kepada pengguna,” katanya.

Samsung menawarkan model terbaru telefon pintarnya, Galaxy S9 dan S9+ pada harga RM3,299 hingga RM4,399 di semua gedung Samsung di seluruh negara mulai sekarang.

Model terbaru itu ditampilka­n dengan pilihan warna Midnight Black, Coral Blue dan Lilac Purple dengan kapasiti storan dalaman 64GB bagi model S9 dan S9+ manakala 128GB dan 256GB hanya untuk S9+ serta keupayaan tambahan memori sehingga 400GB dengan kad memori SD.

Sementara itu, Presiden Samsung Malaysia Elec- tronics (SME) Yoonsoo Kim berkata, dua model baru itu direka khusus menerusi inspirasi daripada trend komunikasi masa kini melalui landskap sosial media yang sentiasa berevolusi mengikut peredaran zaman seperti gambar, video dan emoji.

Beliau berkata, Samsung sentiasa ke hadapan dalam menghasilk­an telefon pintar yang luar biasa dan pada masa sama melaksanak­an komitmen kepada pengguna dengan memperting­kat kualiti produk seperti reka bentuk dan kamera.

“Antara kelainan pada Galaxy S9 dan S9+ kali ini adalah ciri kamera baru seperti AR Emoji, Super Slow Mo serta Super Low-Light yang memberi kelebihan kepada pengguna meneroka segmen visual baru di samping fungsi suara unik,” katanya.

Cuba fungsi Super Slow Mo atas pentas dengan peminat

 ??  ?? PARK hadir sempena pelancaran S9 dan S9+
di Malaysia.
PARK hadir sempena pelancaran S9 dan S9+ di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia