Harian Metro

Grab, KTMB kerjasama

-

Grab Malaysia (Grab) bekerjasam­a dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui memorandum persefaham­an untuk menawarkan perkhidmat­an pengangkut­an lebih selamat dan mudah pada harga berpatutan kepada pelanggan menggunaka­n rangakaian perkhidmat­an kereta api utama di Malaysia.

Ketua Grab Malaysia Sean Goh (gambar) berkata, pihaknya sentiasa mencari peluang untuk menjalin kerjasama dengan rakan strategik yang berpotensi dalam usaha untuk memberi tambah nilai kepada semua pihak terbabit termasuk penumpang, rakan kongsi serta pemandu Grab.

“Kami menyedari dan memahami keperluan serta permintaan penumpang yang mungkin perlu berjalan jauh untuk ke stesen KTMB terdekat.

“Melalui kerjasama ini, mereka tidak perlu lagi berjalan jauh sebaliknya kini mempunyai sambungan sistem pengangkut­an yang lebih baik di samping ciri mudah dan kos efektif,” katanya menerusi kenyataan akhbar, barubaru ini.

Katanya, perkongsia­n dengan KTMB pasti akan meningkatk­an pengalaman perjalanan penumpang, penduduk tempatan dan pelancong sekali gus menyokong objektif syarikat berkenaan untuk menyediaka­n perkhidmat­an mudah alih yang senang diakses oleh semua.

Pada masa sama, penumpang KTMB juga berpeluang menikmati diskaun eksklusif ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, kolaborasi dengan Grab yang dimulakan sejak setahun lalu menawarkan pilihan pengangkut­an yang lebih mudah kepada pelanggann­ya.

“Selain mewujudkan kerjasama rangkaian perkhidmat­an dengan pihak berkuasa tempatan dan pengusaha bas serta teksi, Grab turut memberikan satu lagi pilihan tambahan yang menarik kepada pengguna kami,” katanya.

 ??  ?? SEAN GOH
SEAN GOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia