Harian Metro

APLIKASI PERLU ADA

-

4 ‘wajib’ ada dalam telefon pintar anda ketika mengembara

bimbit, cukup dengan peta bandar saja.

Penulis cadangkan, apabila anda sudah mendapat jaringan Internet, sebaiknya gunakan Google Map atau Waze sebagai aplikasi navigasi. Ini kerana MAPS ME me tidak mengemas kini maklumat trafik semasa.

GOOGLE MAPS

Perbanding­an Google Map dan Waze, secara peribadi, penulis memilih Google

Map. Kedua-dua aplikasi ini memberikan laporan trafik semasa untuk memudahkan anda mendapat laluan terbaik dan terpantas.

Antara kelebihan Google Map, ia tidak terhad untuk pemanduan saja kerana ia juga memberikan informasi untuk perjalanan melalui kereta api. Secara ringkas, apps ini mempunyai informasi lokasi yang lebih tepat dan banyak berbanding Waze.

GOOGLE TRANSLATE

Melancong ke negara yang kurang penggunaan ahasa Inggeris sebagai bahasa perantara tidak menjadi masalah lagi. Perjalanan anda kini lebih mudah dengan aplikasi Google Translate. Muat turun terlebih dulu bahasa yang ingin digunakan ketika anda mengembara kelak. Contohnya Perancis, Itali atau Jerman.

Lebih menarik, buka menu di dalam dan kameranya, anda boleh terus mengalih bahasa sebarang papan tanpa tulisan tanpa perlu menulis semula di dalam aplikasi.

MUSLIM PRO

Aplikasi terbaik bagi setiap pengembara beragama Islam. Inti menu yang ‘mesra’ mempunyai waktu solat dan kiblat. Jadi, sekiranya anda tiba di sesuatu destinasi, cuma perlu pin lokasi anda dan menerima waktu solat serta arah kiblat.

Pastikan anda membuka aplikasi ini sekitar dua hingga tiga minit terlebih dulu untuk telefon pintar mendapat lokasi yang tepat. Jika tidak anda mungkin mendapat arah kiblat yang salah.

Apabila kita mengembara ke luar negara terutama di negara bukan majoriti beragama Islam, antara cabaran terbesar pastinya makanan halal. Aplikasi ini juga boleh gunakan untuk mencari restoran halal, masjid dan kedai menjual barangan halal.

Namun tidak semua lokasi dan kedai boleh dijumpai. Penulis juga ada berjumpa restoran halal yang tiada dalam aplikasi. Tetapi aplikasi ini boleh membantu anda memulakan pencarian makanan halal dengan lebih mudah.

Tip tambahan, cara paling mudah ialah mencari masjid. Jika terdapat masjid di sesebuah kawasan itu, kebiasaan di sekitarnya pasti mempunyai kedai makanan halal.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia