Harian Metro

Bangunkan ekonomi sukan di Malaysia

-

Bermula pameran menghimpun­kan pelbagai jenama fesyen di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekitar 2014 dan 2015 kini wanita ini beralih arah kepada aktiviti sihat menerusi penganjura­n Pameran Sukan dan Kecergasan Antarabang­sa (Misfit) pada Ogos nanti. Idea mengadakan acara ini tercetus selepas mengeluark­an produk makanan kesihatan berbentuk snek Moolabar dan merubah kehidupan ke arah gaya hidup lebih sihat.

“Pengalaman menghimpun­kan jenama fesyen terkenal negara di bawah satu bumbung menjadi pemangkin untuk saya beralih kepada bidang berbeza iaitu sukan. Tambahan pula kini ramai mulai sedar mengenai pemakanan sihat dan bersenam untuk kekal cergas. Jadi perlu mewujudkan satu platform bagi syarikat peneraju industri sukan tempatan memperkena­lkan produk mereka di peringkat antarabang­sa,” demikian menurut Pengarah Urusan NainiKifli Sdn Bhd (NKSB) Jida Zulkifli.

Acara yang bertujuan mendidik masyarakat mengamalka­n gaya hidup sihat ini disertai lebih 212 mempamer dari dalam dan luar negara antaranya Indonesia, Thailand, China, Jepun dan Afrika Selatan.

“Misfit 2018 akan membabitka­n pemain industri sukan tempatan dan antarabang­sa seperti profesiona­l, pengilang, pengimport, pengekspor­t dan peruncit. Mereka terbabit dalam aksesori dan pakaian sukan, kelengkapa­n dan fasiliti sukan, pendidikan dan sekolah sukan, acara dan pertanding­an, makanan sihat dan tenaga, sukan pemulihan dan rehat serta e-sukan,” katanya.

Pada masa sama ia juga mewujudkan lebih ramai usahawan tempatan dalam bidang sukan seperti makanan, pakaian dan kelengkapa­n sukan. Industri akan berkembang dengan cepat sekali gus membangunk­an ekonomi sukan di Malaysia. Dari sudut lain, sukan mengeratka­n perhubunga­n sesama keluarga dan mengelak tekanan terutama mereka yang terlalu sibuk bekerja selain membina personalit­i individu dan membentuk jati diri yang tinggi.

Jida berkata, sebagai memenuhi program tanggungja­wab sosial korporat, kempen Hentikan Perogol Dalam Rumah turut diadakan untuk memberi pelbagai maklumat dan kesedaran kepada pengunjung bagaimana menangani masalah ini. Sebenarnya banyak kes sumbang mahram yang tidak dilaporkan berlaku setiap hari. Namun ia tidak didedahkan mangsa demi menjaga maruah keluarga.

“Sampai bila masalah ini harus disimpan kerana ia akan memberikan tekanan kepada mangsa yang tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Kami menyeru semua pihak bersama-sama memainkan peranan untuk mengekang sumbang mahram di rumah. Antara caranya ialah menggalakk­an remaja aktif bersukan kerana ia dapat mengekang gejala menonton video lucah,” katanya.

Kempen ini turut dijayakan 20 selebriti seperti Alif Satar, Prof Muhaya, Mizz Nina, Daphne Iking dan Jovian Mandagie yang mempunyai video mereka sendiri. Video mengenai Hentikan Perogol Dalam Rumah akan ditularkan di media sosial masingmasi­ng.

Misfit akan diadakan di dua lokasi iaitu Pusat Dagangan Dunia

Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Ogos dan Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Oktober nanti.

Selain pameran, Misfit 2018 turut menampilka­n beberapa program lain antaranya aktiviti kecergasan wanita oleh Joanna Soh, yoga bersama Atilia Haron, bual bicara dengan sembilan selebriti terkenal, pertunjuka­n fesyen dan sesi dialog mengenai kesihatan.

 ??  ?? SUKAN menyihatka­n badan dan memberikan banyak kebaikan kepada individu.
SUKAN menyihatka­n badan dan memberikan banyak kebaikan kepada individu.
 ??  ?? JIDA
JIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia