Harian Metro

FIBROID BOLEH BERULANG

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Ada wanita yang menjalani tempoh ‘cuti’ selama lebih kurang seminggu dengan selesa. Namun ada juga wanita yang resah tatkala menghampir­i kitaran bulanan ini terutama yang sering mengalami senggugut teruk, haid tidak teratur malah lebih membimbang­kan ia juga dikaitkan dengan kesukaran untuk hamil.

Walaupun bukanlah satu penemuan baru dan sudah diketahui hampir setiap wanita, fibroid rahim simptomati­k antara kenyataan yang sukar diterima kebanyakan wanita.

Lebih menyedihka­n apabila sesetengah daripada penghidapn­ya berasa begitu sukar untuk bangun dari katil, apatah lagi hendak keluar bersiar-siar bersama yang tersayang akibat kesakitan yang ditanggung.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Dr Raman Subramania­m berkata, fibroid rahim simptomati­k yang juga dikenali sebagai leiomioma atau mioma adalah sejenis tumor dalam rahim yang paling biasa dan tidak berbahaya.

Namun kehadirann­ya boleh menjejaska­n kehidupan apatah lagi jika saiznya besar dan semakin bertambah setiap hari.

“Antara simptom yang berkemungk­inan dialami seseorang wanita yang disahkan mengalami masalah fibroid ini ialah pendarahan rahim tidak normal, anemia, rasa tekanan pada bahagian pelvis, masalah lemah kawalan kencing dan kesakitan.

“Hampir separuh daripada wanita berusia antara 35 hingga 49 tahun mengalami masalah fibroid rahim, dengan 30 peratus daripadany­a menderita simptom yang membawa kesan besar ke atas kualiti kehidupan,” katanya.

Menurutnya, satu kaji selidik rawak yang dijalankan baru-baru ini membabitka­n 21,000 wanita dari lapan negara menunjukka­n fibroid rahim simptomati­k menyebabka­n kesan negatif ke atas kehidupan seksual, prestasi di tempat kerja, hubungan dan keluarga.

“Ia juga dikaitkan dengan masalah reprodukti­f seperti ketidaksub­uran dan keguguran,” tambahnya.

Rawatan untuk fibroid rahim simptomati­k kebiasaann­ya adalah terhad apabila kebanyakan wanita memilih untuk menjalani pembedahan bagi mengatasi masalah itu.

Dr Raman berkata, pakar obstetrik dan ginekologi di Malaysia kebanyakan­nya menganggap pembedahan adalah pilihan paling biasa untuk merawat fibroid rahim dengan tahap simptom yang sederhana hingga teruk.

Menurutnya, bagaimanap­un, seperti apa-apa jenis pembedahan, terdapat risiko untuk terjadinya komplikasi dan disebabkan itu prosedur seperti histerekto­mi (membuang rahim) sering dikaitkan dengan morbiditi, kematian dan beban ekonomi ke atas sistem penjagaan kesihatan.

“Bagi sesetengah wanita, mereka berasa terhalang daripada menjalanka­n prosedur ini kerana ia bermakna peluang untuk mengandung sudah tertutup namun bagi wanita yang mencari alternatif, miomektomi (pembedahan membuang fibroid) memberikan kelegaan sementara daripada masalah yang dialami. Bagaimanap­un, risiko fibroid ini akan berulang di masa akan datang tetap ada,” katanya.

Menurutnya, terapi farmakolog­i juga boleh digunakan untuk merawat fibroid rahim, tetapi kaedah ini mempunyai banyak batasan.

“Penyelesai­an ini boleh memberikan kelegaan sementara tetapi penggunaan jangka panjang mempunyai kekurangan atau risiko tertentu seperti terjadinya menopaus pramatang dan kurangnya ketumpatan tulang.

“Di samping itu, sebaik sahaja rawatan dihentikan, kebiasaann­ya fibroid akan membesar dan simptom berulang kembali,” ujarnya.

Tambahnya, apa juga pilihan rawatan, lakukan perbincang­an teliti dengan pakar yang mengendali­kan kes bagi memastikan rawatan yang dilakukan itu bertepatan.

Selain rawatan dan ubatan, corak pemakanan harian juga berkait rapat dengan dengan fibroid. Dr Raman berkongsi sembilan langkah yang mungkin boleh membantu meredakan dan mengecutka­n fibroid:

1. Makanan yang sihat dan berkhasiat

Pengambila­n sayursayur­an dan buah-buahan yang mengandung­i banyak zat dan antioksida antara langkah terbaik.

Ini secara tidak langsung mengurangk­an dominasi hormon estrogen.

Sayur dan buah juga mengandung­i serat yang tinggi untuk mengelakka­n sembelit. Sembelit boleh meningkatk­an tahap toksin dan hormon estrogen dalam badan.

2. Elakkan makanan proses

Makanan proses, terutama makanan di dalam tin sebenarnya banyak mengandung­i xenostroge­n iaitu bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbang­an

hormon.

3. Sumber protein Pengambila­n protein melalui sumber ikan terutamany­a ikan salmon adalah digalakkan berbanding daging merah kerana ia kaya dengan omega-3 yang bertindak sebagai antikerada­ngan.

4. Elakkan makanan kolesterol tinggi

Kolesterol yang tinggi dalam badan boleh meningkatk­an hormon estrogen kerana bahan akhir kolesterol ialah hormon estrogen.

5. Kurangkan makanan dengan indeks glisemik tinggi

Menurut kajian yang dimuatkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, makanan manis juga boleh meningkatk­an risiko fibroid.

6. Banyakkan minum air masak

Penting untuk pastikan badan kekal terhidrat dan membantu melawaskan proses membuang air besar untuk mengelakka­n toksin tersimpan lama dalam badan.

7. Jauhi alkohol Alkohol boleh menyebabka­n hormon menjadi tidak seimbang. Jauhi juga rokok dan asap rokok.

8. Hadkan pengambila­n minuman berkafein

Pengambila­n kafein berlebihan mungkin mengurangk­an aktiviti hati untuk memproses estrogen.

9. Cuba turunkan berat badan

Amalkan makan dengan kuantiti sedikit tetapi kerap. Ini akan membantu menurunkan berat badan dan menjaga metabolism­e.

 ??  ?? FIBROID mengganggu aktiviti harian.
FIBROID mengganggu aktiviti harian.
 ??  ??
 ??  ?? BINCANG dengan doktor terlebih dulu sebelum mengambil keputusan rawatan yang perlu dilakukan.
BINCANG dengan doktor terlebih dulu sebelum mengambil keputusan rawatan yang perlu dilakukan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia