Harian Metro

JAGA MAKAN pada USIA 40-an

-

berlaku secara tiba-tiba dan cepat misalnya disebabkan pembedahan membuang ovari dan penyakit.

Sesetengah wanita menempuh fasa menopaus tanpa sebarang masalah, namun sesetengah­nya pula mengalami simptom seperti panas rimas, berdebarde­bar, sukar tidur, emosi tidak menentu, kejang otot serta kenaikan berat badan. Kulit juga menjadi lebih kering dan nipis manakala payudara semakin kendur.

"Kekurangan estrogen juga membuatkan keinginan seksual mulai menurun, rasa sakit dan kering pada vagina dan tidak selesa apabila bersama. Jika gejala ini membuatkan rasa tidak selesa dan sakit, berjumpala­h dengan doktor untuk mendapatka­n nasihat dan ubat-ubatan bersesuaia­n," katanya.

Wanita juga tidak digalakkan mengandung pada usia 40 tahun ke atas disebabkan risiko kepada ibu dan bayi.

Tenaga dan metabolism­e yang semakin berkurang, membuatkan ibu mudah mendapat diabetes dan tekanan darah tinggi ketika mengandung. Bukan itu sahaja risiko kecacatan bayi seperti sindrom Down juga meningkat bagi ibu yang bersalin lewat usia.

"Walaupun kelihatann­ya melangkah ke usia 40 sesuatu yang tidak menggembir­akan namun jika wanita positif dan menjaga diri mereka, kebahagiaa­n dan keceriaan akan sentiasa diperoleh. Paling penting bersenam setiap hari, minum dua liter air kosong dan mengamalka­n makanan sihat. Layari kehidupan menggembir­akan bersama keluarga tersayang," katanya mengakhiri perbualan.

BERSENAM BILA USIA 40-AN

Bagi Raja Zarina Raja Othman, 46, menjelang usia 40 tahun dia mendapati kenaikan berat badan ketara, sehingga mencecah 70 kilogram. Menyedari hal ini dia mula bersenam selepas diperkenal­kan dengan jurulatih kecergasan.

"Mulanya agak sukar juga sebab saya jarang bersenam. Saya melakukan burpee, squat dan berjoging setiap hari. Sudah pasti selepas melakukann­ya otot kejang dan sakit pada sendi. Namun saya dinasihatk­an jurulatih, agar melakukan senaman yang betul mengikut usia.

"Saya mula melakukan regangan terlebih dulu disudahi dengan sesi menyejukka­n badan atau memperlaha­nkan degupan jantung supaya tidak mengalami kesakitan otot. Memang ia sangat berkesan.

Apabila tubuh sudah biasa saya seperti tidak boleh meninggalk­an senaman," katanya.

Kini selepas hampir lima tahun konsisten bersenam terasa badan lebih ringan dan bertenaga. Sebagai suri rumah sepenuh masa dan melakukan perniagaan menjual kek secara dalam talian, Raja Zarina mengakui dia tidak mudah penat dan letih.

Jelas wanita ini, dia bimbang dengan pelbagai penyakit yang muncul secara tiba-tiba tanpa sedar. Malah ada rakan yang mengalamin­ya membuatkan dia tekad berusaha untuk lebih sihat dan cergas.

"Setiap hari saya amalkan minum air kosong sebanyak dua hingga tiga liter, makan buah-buahan terutama limau gedang dan minum teh hijau. Sarapan pagi biasanya dengan telur rebus dan salad sahaja. Namun jika bersenam jurulatih akan memastikan saya minum air sebanyak dua liter sebelum jam 12 tengah hari," katanya yang tidak mengambil sebarang makanan tambahan kerana pemakanan harian sudah mencukupi bagi melengkapi nutrisi harian.

Mempunyai keluarga yang mengalami tekanan darah, masalah jantung dan kencing manis, Raja Zarina sedar dia harus mengamalka­n gaya hidup sihat kerana inilah sahaja langkah utama mengelak daripada sebarang penyakit berbahaya.

"Alhamdulil­lah pada usia 46 tahun saya bebas daripada sebarang penyakit dan hidup dalam keadaan ceria dan gembira," katanya yang memiliki tiga cahaya mata.

 ??  ?? RAJA ZARINA aktif melakukan aktiviti lasak bersama kawan-kawan.
RAJA ZARINA aktif melakukan aktiviti lasak bersama kawan-kawan.
 ??  ?? BERBEZA sejak mengamalka­n senaman dan menjaga pemakanan.
BERBEZA sejak mengamalka­n senaman dan menjaga pemakanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia