Harian Metro

PERANGAI BURUK

Viral lelaki mandi dalam kolam hiasan air pancut di bulatan Jalan Gaya

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang kegiatan yang boleh mencemarka­n imej bandar raya ini kepada pihak berkuasa.

Ia berikutan penyebaran gambar dalam media sosial yang menunjukka­n seorang lelaki mandi dalam kolam hiasan air pancut di bulatan Jalan Gaya, di sini, yang tersebar sejak tengah hari semalam.

Ketua pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau berkata, maklumat yang cepat daripada penduduk bandar raya ini penting bagi membolehka­n penguat kuasa DBKK bertindak segera terhadap pelaku perbuatan tidak senonoh itu.

Katanya, DBKK sudah mengarahka­n penguat kuasa melakukan rondaan dan pemantauan di sekitar pusat bandar raya, selain memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi tumpuan pelancong.

“Selain penguat kuasa DBKK, kita juga ada meminta kerjasama polis supaya menangkap individu yang berkelakua­n kurang menyenangk­an serta mengganggu ketenteram­an awam.

“Bagaimanap­un, polis dan penguat kuasa DBKK tidak dapat memantau semua kawasan sepanjang masa, jadi maklumat orang awam memang sentiasa diperlukan bagi memastikan bandar raya ini sentiasa aman serta terhindar daripada aktiviti negatif,” katanya dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran gambar lelaki yang sedang mandi di air pancut terbabit yang dirakam orang ramai.

Joannes berkata, selepas dimaklumka­n mengenai gambar berkenaan, beliau meninjau lokasi terbabit dan mengambil kenyataan beberapa pekerja kedai di kawasan berkenaan yang mengesahka­n mengenai kejadian itu.

Bagaimanap­un, beliau berkata, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki dalam gambar berkenaan adalah penduduk tempatan atau bukan.

“Ada pekerja kedai menyatakan lelaki terbabit hanya berpakaian mandi, namun tidak mandi di dalam kolam hiasan air pancut berkenaan. Dia dikatakan hanya masuk ke dalam kolam untuk mengambil gambar seolah-olah sedang mandi,” katanya.

Ia adalah kejadian kedua membabitka­n penyalahgu­naan kolam hiasan air pancut itu selepas beberapa kanakkanak dipercayai warga asing mandi-manda di tempat sama pada tahun lalu.

 ??  ?? SEORANG lelaki dilihat memasuki kolam air hiasan di Jalan Gaya, Kota Kinabalu.
SEORANG lelaki dilihat memasuki kolam air hiasan di Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia