Harian Metro

Gempur PATI huni empat lokasi panas

-

Papar: Seramai 25 pendatang tanpa izin

(PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah di daerah ini, Isnin lalu.

Dalam operasi antara jam 2.30 petang hingga 11.30 malam itu, pihak berkuasa berjaya menahan 16 lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan berusia antara empat hingga 49 tahun membabitka­n warga Filipina dan Indonesia.

Ketua Polis

Daerah Papar, Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, operasi ditumpukan di empat lokasi berasingan iaitu Kampung Kelanahan, Stesen Kereta Api Papar, kawasan Hospital Papar dan sekitar Kimanis.

Beliau berkata, operasi bersepadu berkenaan antara inisiatif pihaknya dalam usaha pencegahan kegiatan jenayah termasuk ragut, pecah rumah dan samun di sekitar daerah ini.

“Selain itu, kita juga mahu mencegah kemasukan PATI agar tidak memberi kesan dan imej negatif kepada daerah ini pada masa depan.

“Secara keseluruha­nnya jumlah PATI yang ada di daerah ini masih dalam keadaan terkawal. Bagaimanap­un, operasi seumpama ini bakal diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Ladamah berkata, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis

Daerah (IPD) Papar untuk tindakan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

 ??  ?? POLIS menahan 25 PATI dalam Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah.
POLIS menahan 25 PATI dalam Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia