Harian Metro

Teliti semula tinggi jalan

 Kedudukan tapak rumah lebih rendah sukarkan penduduk

- Harun Yahya news@nstp.com.my

Kontraktor yang dilantik menyediaka­n tapak tanah lot di Kampung Jerijeh, Belawai, dekat sini, perlu meneliti semula ketinggian jalan yang dibina di kawasan terbabit.

Ini kerana kawasan tapak rumah yang disediakan untuk penduduk itu menjadi terlalu rendah berikutan jalan yang dibina setinggi tiga hingga empat meter.

Ahli Parlimen Tanjung Manis, Datuk Norah Abdul Rahman berkata, kedudukan jalan yang terlalu tinggi itu dikhuatiri menyebabka­n air bertakung, sekali gus menyukarka­n penduduk.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabka­n tapak rumah yang disediakan kepada penduduk kini tidak ubah seperti kolam ikan.

“Paras jalan yang terlalu tinggi itu juga dikhuatiri mengundang masalah lain seperti air bertakung di kawasan lot, kesukaran membina jalan akses ke rumah, selain kesukaran membina sistem perparitan,” katanya, semalam.

Beliau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh menyifatka­n tanah lot itu satu usaha kerajaan mengatasi kesesakan rumah penduduk di Kampung Jerijeh, di sini, kerana ada antara rumah didiami sehingga empat keluarga.

Katanya, pembukaan tanah lot sebagai kampung tambahan itu membolehka­n anak penduduk yang sudah memiliki keluarga membina kediaman sendiri, bukannya terus menumpang rumah ibu bapa.

“Ada antara anak penduduk kampung itu bersedia untuk membina rumah sendiri, tetapi hasrat mereka tertangguh kerana isu tanah lot ini yang berlarutan selama dua tahun,” katanya.

Kawasan tanah lot itu mampu menempatka­n 230 kediaman dan Norah memberi jaminan untuk terus mencari kaedah terbaik menyelesai­kan isu berkenaan.

Beliau berkata, penduduk sudah terlalu lama menunggu untuk membina kediaman sendiri di atas tanah lot itu, namun selagi tapak itu belum sempurna mereka perlu terus menunggu.

 ??  ?? TANAH lot kediaman penduduk yang tidak ubah seperti kolam ikan akibat jalan yang dibina terlalu tinggi di Kampung Jerijeh, Belawai.
TANAH lot kediaman penduduk yang tidak ubah seperti kolam ikan akibat jalan yang dibina terlalu tinggi di Kampung Jerijeh, Belawai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia