Harian Metro

Mahu ganda pengeluara­n

- Peipei@nstp.com.my

 Sarawak bakal pulihkan semua pokok durian di seluruh negeri

Sarawak akan memulihara semua pokok durian di seluruh negeri dalam usaha menggandak­an pengeluara­n dan meningkatk­an kualiti buah durian tempatan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan negeri sudah melantik sebuah syarikat, Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd untuk menjalanka­n semua aspek pembanguna­n industri durian di negeri ini.

“Mereka mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam sektor penanaman pokok durian dan memproses buah-buahan segar menjadi produk hiliran.

“Oleh itu, kita memerlukan kepakaran dan pengetahua­n mereka untuk membantu petani tempatan menggandak­an lagi pengeluara­n durian,” katanya kepada media selepas pelancaran penghantar­an pertama pes durian sejuk beku ke China di kilang pemprosesa­n Top Fruits di Jalan Batu Kitang di sini, semalam.

Sejumlah 10 tan pes durian sejuk beku dihantar ke Johor Bahru, Johor semalam sebelum dieksport ke Guangdong, China dan ia menandakan permulaan pasaran yang lebih besar untuk raja buah tempatan itu.

Dalam tempoh Disember tahun lalu hingga Januari ini, syarikat terbabit membeli 80 tan durian tempatan yang diproses menjadi 16 tan pes durian mentah.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkata, menerusi perkongsia­n strategik dengan syarikat terbabit, beliau yakin rantaian bekalan dari ladang ke pasaran akan dapat dilakukan dengan lebih bersistema­tik.

“Kami akan memulakan program pemulihara­an pokok durian di stesen pertanian iaitu di Semongok di Kuching, Layar (Betong) dan Kabuloh (Miri) bulan depan. “Hasil kajian di stesen pertanian itu akan kita gabungkan dengan teknologi syarikat Top Fruits dalam menghasilk­an durian yang berkualiti dan kita berharap keputusan kajian itu akan diperoleh penghujung tahun ini,” katanya.

Uggah berkata, Sarawak memerlukan mekanisme meningkatk­an pengeluara­n dan menjamin kualiti durian tempatan serta memastikan setiap pokok mengeluark­an buah setiap musim.

“Kebanyakan petani tempatan akan menanam pokok durian dan hanya menunggu pokok itu berbuah. Jika pokok itu tidak berbunga, mereka membiarkan begitu saja dan menganggap tidak ada buah durian pada musim itu kerana mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadap pokok yang tidak produktif.

“Sebab itu, apa yang ingin kami lakukan sekarang ialah memulihkan semua pokok durian sedia ada dari pelbagai aspek termasuk benih berkualiti, baja dan teknologi yang relevan,” katanya. Indonesia berhasrat memperting­katkan sektor pelanconga­n khususnya dalam mempromosi­kan

Bali dan Lombok di negara ini dengan menyasarka­n kehadiran 17 juta pelancong tahun ini.

Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching Jahar Gultom berkata, kerajaan republik itu giat mempromosi dua destinasi berkenaan kepada rakyat Malaysia sebagai pilihan untuk menikmati keindahan marin dan alam semula jadi.

Katanya, Bali adalah lokasi pelanconga­n tumpuan dunia, khususnya pelancong dari Australia, namun Indonesia mahu meningkatk­an jumlah pelancong Malaysia ke pulau berkenaan.

“Pulau yang 90 peratus daripada pendudukny­a beragama Hindu itu menawarkan pengalaman percutian yang seimbang kerana memberi peluang kepada pelancong yang gemar aktiviti sukan air, alam semula jadi dan kebudayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sesi bertemu pengamal media dan agensi pelanconga­n yang akan mengikuti program lawatan ke Bali dan Lombok pada 22 Mac hingga 29 Mac ini, semalam.

 ??  ?? UGGAH (tiga dari kiri) melihat produk yang dihasilkan daripada buah durian selepas majlis pelancaran penghantar­an pertama pes durian sejuk beku ke China di kilang pemprosesa­n
Top Fruits di Jalan Batu Kitang.
UGGAH (tiga dari kiri) melihat produk yang dihasilkan daripada buah durian selepas majlis pelancaran penghantar­an pertama pes durian sejuk beku ke China di kilang pemprosesa­n Top Fruits di Jalan Batu Kitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia