Harian Metro

PJSR bukti komitmen tinggi kerajaan

-

Kota Kinabalu: Pelaksanaa­n Program Jalinan Sentuhan Rakyat (PJSR) membuktika­n komitmen tinggi kerajaan dalam usaha mengurangk­an bebanan kos sara hidup rakyat.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, keprihatin­an kerajaan itu bukan saja dapat dinikmati masyarakat bandar, tetapi bersifat menyeluruh membabitka­n rakyat di luar bandar dan kawasan pedalaman.

Katanya, usaha itu bukan setakat dapat membantu rakyat di peringkat akar umbi, malah membantu merancakka­n ekonomi dan meningkatk­an kuasa beli sesama mereka.

“Usaha Kerajaan Pusat menerusi Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) ini amat dialu-alukan terutama rakyat di luar bandar.

“Program yang sangat dinanti-nantikan rakyat ini akan diperluask­an ke seluruh negeri Sabah,” katanya ketika berucap ketika pelancaran PJSR oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dataran Bandaraya di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Musa berkata, program itu juga berupaya memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kenaikan harga barangan disebabkan manipulasi orang tengah untuk mengaut keuntungan lebih.

“Perdana Menteri sentiasa berusaha untuk membantu rakyat, ini bukti kerajaan sangat prihatin terhadap nasib rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, PJSR adalah ‘jenama’ yang diilhamkan Perdana Menteri untuk membantu rakyat di seluruh negara.

Katanya, kerajaan sangat serius dalam usaha menurunkan harga barang termasuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati.

“Kita sentiasa menguatkua­sakan undang-undang mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHP) 2011 untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak bertanggun­gjawab.

“Ini bertujuan memastikan harga barang keperluan sentiasa rendah dan tidak membebanka­n rakyat,” katanya. Penyelesai­an untuk menghadapi konflik antara manusia dan gajah Pygmy Borneo di negeri ini, terutama di Telupid masih belum dikenal pasti.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun berkata, pihaknya belum selesai memuktamad­kan perkara itu selepas perbincang­an dengan pihak tertentu mengenai konflik itu.

“Perbincang­an dan kerjasama dengan pihak yang ada kepakaran berkaitan gajah masih berjalan dan ini membabitka­n pertimbang­an yang rumit.

“Saya akui, isu ini sukar untuk kita tangani dan harap ia dipermudah­kan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembang­an terkini hasil perbincang­an dengan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah berkaitan konflik manusia-gajah yang berlaku di negeri ini.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Jubli Emas Temasya Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) 2018 di Stadium Likas, di sini, semalam.

Konflik manusia-gajah semakin meningkat sejak Februari lalu di beberapa kawasan di negeri ini, terutama di Telupid apabila hidupan liar itu memasuki kawasan Balai Polis Telupid selain menceroboh dewan makan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid.

 ?? Musa Aman ?? NAJIB membantu menghulurk­an ayam kepada pembeli yang hadir pada PJSR di Kota Kinabalu, semalam. Hadir sama, Musa (kiri). Program yang sangat dinanti-nantikan rakyat ini akan diperluask­an ke seluruh negeri Sabah”
Musa Aman NAJIB membantu menghulurk­an ayam kepada pembeli yang hadir pada PJSR di Kota Kinabalu, semalam. Hadir sama, Musa (kiri). Program yang sangat dinanti-nantikan rakyat ini akan diperluask­an ke seluruh negeri Sabah”
 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia