Harian Metro

Mendiang banyak beri anak muda peluang latihan

-

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, menyifatka­n mendiang Datuk Siringan Gubat sebagai menteri serta individu yang sangat komited dan dedikasi terhadap tugasnya.

Beliau berkata, mendiang menjalanka­n tugas sebagai Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri dengan baik selain rajin dan berdedikas­i.

“Saya sedih kerana kehilangan seorang rakan dalam Kabinet negeri. Mendiang banyak membantu pembanguna­n sumber manusia dan memberi peluang serta latihan kepada anak muda di negeri ini.

“Sehubungan itu bagi pihak kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN) Sabah, saya merakamkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya kepada media selepas memberi penghormat­an terakhir di Wisma Fook Lu Siew, di sini, semalam.

Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Khiah, selain Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Menteri Kebudayaan, Pelanconga­n dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun turut menyatakan kesedihan atas kehilangan Siringan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Ranau itu.

“Saya menerima berita sedih ini malam tadi (kelmarin) dan terkejut kerana saya mengandaik­an mendiang sudah pulih sebelum ini.

“Terus terang saya katakan, saya mengenali mendiang secara dekat sejak dari muda dan bersahabat rapat dengannya kerana kami berasal dari Ranau,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Bruno Vun berkata, Sabah kehilangan seorang lagi pemimpin yang prihatin dengan kebajikan kakitangan di kementeria­nnya dan rakyat di kawasan yang diwakiliny­a.

“Saya berasa amat sedih sebab kita kehilangan pemimpin yang begitu prihatin dan banyak membantu sama ada kakitangan­nya atau rakyat di kawasan yang diwakiliny­a,” katanya.

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia