Harian Metro

Pukul isteri habiskan kredit prabayar

-

Seorang lelaki membelasah isterinya di kediaman mereka di rumah panjang di Long Tabing, Tinjar, dekat sini, 5 Mac lalu kerana tidak puas hati selepas wanita berkenaan menggunaka­n telefon bimbitnya hingga kehabisan kredit prabayar.

Bagaimanap­un, tindakan suspek berusia 29 tahun itu terbalas apabila dia ditahan polis di kediaman berkenaan, jam 1.30 tengah hari kelmarin.

Suspek ditahan selepas mangsa berusia 37 tahun membuat laporan di Balai Polis Beluru, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superinten­dan Gabriel Risut berkata, kejadian berlaku ketika pasangan itu berada di pondok sawah padi yang berdekatan rumah panjang berkenaan.

“Mangsa meminjam telefon bimbit suspek untuk menghubung­i saudaranya, namun lelaki terbabit berang apabila mendapati kredit prabayarny­a habis digunakan selain meminta isterinya menambah nilai.

“Mangsa tidak mengendahk­an permintaan suaminya itu sebelum ke sungai berhampira­n untuk membersihk­an diri.

“Bagaimanap­un, suspek masuk ke sungai berkenaan sebelum membelasah mangsa dengan menumbuk di mata, paha serta pinggang,” katanya dihubungi, semalam.

Gabriel berkata, ia bukan kejadian pertama dan mangsa mendakwa sering dipukul sebelum ini hanya kerana masalah remeh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n cedera,” katanya.

Mangsa meminjam telefon bimbit suspek untuk menghubung­i saudaranya, namun lelaki terbabit berang apabila mendapati kredit prabayarny­a habis digunakan selain meminta isterinya menambah nilai”

Gabriel Risut

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia