Harian Metro

Dua bapa ayam dijel 14 tahun

-

Kuala Lumpur: Seorang bekas penuntut perubatan dari universiti di Mesir dan pekerja hotel masing-masing dihukum penjara 14 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan membabitka­n diri dalam aktiviti persundala­n termasuk menjadi orang tengah menerusi aplikasi dua tahun lalu.

Hakim Datin M Kunasudary turut menjatuhka­n hukuman sebatan masing-masing dua dan empat sebatan terhadap Khairul Azzuar Yussof, 30, dan Mohyuddin Ahmad Fajarudin, 24, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi Khairul Azzuar, dia berdepan dua pertuduhan menjadi orang tengah dan hidup atas hasil persundala­n, mahkamah memerintah­kan tertuduh dihukum penjara masing-masing tujuh tahun dan satu sebatan, berjalan secara berasingan membuatkan dia terpaksa meringkuk di penjara selama 14 tahun dan dikenakan dua sebatan.

Sementara Mohyuddin yang menghadapi dua pertuduhan iaitu menjadi orang tengah dan hidup atas hasil persundala­n, tertuduh dihukum penjara masing-masing tujuh tahun dan satu sebatan, diperintah­kan berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap 7 Februari 2017.

Mengikut pertuduhan, Khairul Azzuar dan Mohyuddin masing-masing didakwa atas satu dan dua pertuduhan iaitu bertindak sebagai orang tengah bagi persundala­n dua wanita warga Indonesia.

Semua kesalahan didakwa dilakukan di dua hotel di Jalan Changkat Thambi Dollah dan Jalan Imbi di sini, pada Oktober dan Disember 2016 serta Januari 2017.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Suzanawaty Ismail.

Sepanjang prosiding perbicaraa­n, pihak pendakwaan memanggil lapan saksi manakala pembelaan dua saksi untuk memberi keterangan.

 ??  ?? KHAIRUL Azzuar (dua dari kiri) dan Mohyuddin (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
KHAIRUL Azzuar (dua dari kiri) dan Mohyuddin (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia