Harian Metro

Sunat bagi musafir qasar solat

-

1. Adakah mengqasark­an solat bagi orang musafir itu dianggap wajib, sunat atau hanya diharuskan saja?

Hukumnya adalah sunat jika mencukupi syaratnya. Antaranya ialah jarak perjalanan melebihi dua marhalah (lebih kurang 90 kilometer atau 59 batu).

Jika kebetulan dua marhalah sekalipun adalah memadai. Dalam mazhab Hanafi, hukumnya adalah wajib, mazhab Maliki pula mengatakan sunat muakkad dan dalam mazhab Syafi’i hukumnya adalah harus.

2. Apakah yang dimaksudka­n dengan ‘asi (orang yang melakukan maksiat) dengan safarnya atau ‘asi dalam safarnya?

Apa yang dimaksudka­n dengan ‘asi dengan safarnya adalah mereka yang musafir memang sejak awal lagi berniat dan bertujuan melakukan maksiat dan kejahatan, maka tidak harus bagi mereka mengqasark­an solatnya.

‘Asi pula dalam safarnya ialah mereka yang musafir dengan niat dan tujuan yang baik. Tetapi ketika dalam safarnya dia melakukan maksiat dan kejahatan, maka harus baginya mengqasark­an solat ketika

dalam solatnya.

3. Seorang yang hendak musafir sudah berniat untuk singgah dan tinggal di satu tempat tetapi tidak menyebut berapa lama dia hendak tinggal di tempat itu atau dia niat untuk tinggal selama lebih empat hari.Adakah putus safarnya sebaik dia tiba di kampung atau di daerah tempat dia niatkan itu?

Sebaik tiba dan masuk ke kampung atau daerah yang dia tidak menyebut berapa lama akan tinggal atau dia berniat untuk tinggal melebihi empat hari empat malam, maka putuslah safarnya sebaik tiba di kampung berkenaan.

Tidak boleh lagi mengqasark­an solatnya (kerana ia bukan lagi dianggap sebagai musafir sedangkan solat qasar adalah untuk orang musafir).

4. Bagaimana sekiranya di pertengaha­n jalan seseorang berniat untuk berpatah balik ke rumahnya. Adakah terputus safarnya?

Kalau hanya sekadar berniat dan terus berpatah balik semula ke rumahnya, tidak membatalka­n safarnya, bahkan dia masih boleh untuk qasar solatnya selagi masih dalam perjalanan pulang sehinggala­h dia sampai ke kampungnya. Jika sampai ke daerah tempat tinggalnya, barulah putus safarnya.

5. Bagaimana sekiranya seorang musafir berhenti di pertengaha­n jalan dan berniat untuk bermalam satu atau dua malam sebelum meneruskan perjalanan­nya ke tempat yang sebenar?

Adakah dengan berhenti dan bermalam itu akan memutuskan safarnya walaupun jarak di antara tempat dia singgah dan bermalam dengan rumahnya tidak sampai dua marhalah?

Singgah dan bermalam tidak melebihi tiga hari tiga malam tidak memutuskan safar seseorang. Dia masih dikira sebagai musafir dan harus qasar solatnya.

Sumber: Kitab Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia