Harian Metro

JURUTERA BERWIBAWA

-

Malaysia kini sedang berkembang menjadi negara berteknolo­gi tinggi, sekali gus memerlukan jurutera berkepakar­an dalam merancang, mereka bentuk dan menguruska­n projek melalui gabungan pengetahua­n teori dan kemahiran praktikal.

Justeru, Infrastruk­tur University Kuala Lumpur (IUKL) menawarkan program kejurutera­an yang diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Washington Accord.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau O-Level yang meminati bidang kejurutera­an boleh mengikuti program Asasi Sains (Pilihan Kejurutera­an) atau program diploma di IUKL.

Graduan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) pula boleh mendaftar ke program ijazah dan memilih kejurutera­an awam, kejurutera­an mekanikal atau kejurutera­an elektrik dan elektronik.

Bagi kejurutera­an awam, program ditawarkan ialah Diploma Kejurutera­an Awam dan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Awam.

Selain itu, Diploma Kejurutera­an Mekanikal dan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal (Kepujian) turut ditawarkan.

Melalui kejurutera­an mekanikal, pelajar boleh mendalami industri automotif, aeroangkas­a, bioteknolo­gi, komputer, elektronik dan pembuatan.

Diploma Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik serta Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Elektronik (Kepujian) pula memberi pendedahan mengenai eksperimen di makmal, cara menangani permasalah­an dalam bidang elektronik, kejurutera­an dan juga kawalan.

Selain program kejurutera­an, IUKL turut menawarkan program dalam bidang teknologi iaitu Diploma Kejurutera­an Automotif, Ijazah Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) Automotif dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) Pengurusan Pembinaan.

Bagi pelajar yang meminati bidang seni bina, IUKL turut menyediaka­n latihan terbaik kepada bakal arkitek dan melengkapk­an mereka dengan pengetahua­n seni bina serta kemahiran penyelesai­an masalah.

Diiktiraf Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), program seni bina di IUKL boleh diikuti pelajar lepasan SPM atau O-Level ke Asasi Seni (Pilihan Seni bina) atau Diploma Seni bina.

Kedua-dua program ini membolehka­n pelajar meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Tempoh pengajian bagi Asasi seni ialah setahun manakala Diploma Seni Bina selama dua setengah tahun.

Selepas itu, pelajar boleh meneruskan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengajian seni bina) yang setara dengan Peperiksaa­n Bahagian I (LAM Part 1) bagi kelayakan Arkitek Profesiona­l.

IUKL turut menawarkan Diploma Seni Bina Landskap dan Ijazah

Sarjana Muda Seni Bina Landskap bagi pelajar yang meminati profesion mereka bentuk, merancang dan menguruska­n tanah.

Temui kaunselor IUKL bagi mendapatka­n bantuan dalam memilih program setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang dan hari minggu dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-STUDY (78839) atau layari laman web kami di www.IUKL.edu.my.

IUKL tawar program diiktiraf Lembaga Jurutera Malaysia dan Washington Accord

 ??  ?? BIDANG kejurutera­an janji prospek kerjaya cemerlang.
BIDANG kejurutera­an janji prospek kerjaya cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia