Harian Metro

REALISASI IMPIAN

-

Graduan SEGI penuhi kehendak majikan masa kini

bukan saja berkesan dari segi akademik malah graduan baru dibentuk untuk memenuhi kehendak majikan masa kini.

Contohnya industri minyak, gas dan tenaga yang berada dalam keadaan tidak menentu sejak beberapa tahun lalu. Ketidaksta­bilan harga minyak dan gas asli menyebabka­n pemberhent­ian pekerja dalam industri berkenaan.

Namun, pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal SEGi, Azri Ahmad, berjaya merealisas­ikan impiannya walaupun industri itu berada dalam keadaan tidak menentu.

Azmi akui pada mulanya amat sukar untuk mencari pekerjaan dalam industri minyak, gas dan tenaga namun, akhirnya dia berjaya.

“Kerja ini memberi peluang yang luas untuk saya mendapatka­n pengalaman yang menarik melalui tugasan di pelantar minyak dan limbungan kapal. Walaupun punya risiko, saya mendapat kepuasan kerja,” katanya.

Kata Azmi, pembabitan dalam aktiviti kokurikulu­m memberi manfaat kepada perkembang­an pelajar dan ia nyata terbukti.

Azri antara kisah kejayaan dari SEGi dan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Matrikulas­i yang ingin melanjutka­n pengajian, kunjungan ke kampus SEGi di Kota Damansara dan Subang Jaya untuk Hari Terbuka sehingga 31 Mac ini pasti membantu.

Hari Terbuka yang diadakan juga membantu pelajar dan ibu bapa memperoleh banyak maklumat termasuk program dan biasiswa yang ditawarkan.

Antara program yang ditawarkan termasuk Sains Kesihatan (Perubatan, Optometri, Pergigian, Farmasi dan Sains Bioperubat­an), Sains Kesihatan Bersekutu (Kejururawa­tan, Teknologi Makmal Perubatan, Kesihatan Persekitar­an, Pengurusan Penjagaan Kesihatan, Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan) Pengajian Komunikasi, Kreatif Seni & Reka Bentuk, Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kejurutera­an & Alam Bina, Hospitalit­i & Pelanconga­n, Teknologi Maklumat, Undang-Undang, Psikologi, Program Ijazah Amerika (ADP) dan Pra-Universiti.

Peluang mendapatka­n penerangan lebih lanjut dari kaunselor SEGi turut disediakan di Mid Valley Exhibition Centre, hari ini dan esok dari jam 11 pagi hingga 7 malam.

Maklumat lanjut, hubungi Universiti SEGi (03 6145 1777 atau 011 1210 6389), Kolej SEGi Subang Jaya (03 8600 1777 atau 016 212 9154),

Kolej SEGi Kuala Lumpur

(03 2070 2078 atau 018 211 8653), Kolej SEGi Penang

(04 2633 888 atau 013 629 4880), Kolej SEGi Sarawak (082 252566 atau 017 859 2566), atau layari https://www.segi.edu.my/.

 ??  ??
 ??  ?? AZRI mendapat manfaat daripada pelbagai program dan bengkel dijalankan di SEGi.
AZRI mendapat manfaat daripada pelbagai program dan bengkel dijalankan di SEGi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia