Harian Metro

‘KITA BERJUANG DULU’

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei meniupkan kata-kata semangat kepada rakan sepasukan agar tidak menyerah kalah sebelum berjuang menjelang pusingan akhir Piala Thomas 2018 di Bangkok, Thailand, Mei depan.

Pemain nombor enam dunia itu mengakui Denmark menjadi pencabar utama Malaysia dalam saingan Kumpulan D terutama bagi perebutan tempat untuk melangkah ke suku akhir sebagai juara kumpulan.

Selain Denmark, skuad lelaki negara turut diundi bersama Russia dan Algeria.

“Kalau kita lihat, Denmark memiliki kekuatan yang seimbang dalam acara perseorang­an dan beregu. Namun, itu bukan alasan untuk kita menyerah kalah, selagi kita belum berjuang, kita tidak boleh mengaku kalah.

“Untuk acara perseorang­an, saya, Lee Zii Jia dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin sudah sah akan membarisi pasukan cuma perseorang­an keempat belum diputuskan.

“Kita sudah tahu siapa lawan kita, dan kita boleh buat persiapan terbaik berdasarka­n kekuatan lawan kita. Saya juga ingatkan rakan-rakan agar sentiasa menampilka­n semangat berpasukan tinggi dalam saingan ini,” kata Chong Wei ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara semalam.

Pada edisi dua tahun lalu di Kunshan, China, harapan Malaysia untuk melangkah ke final dimusnahka­n Denmark apabila tewas di separuh akhir kepada juara Eropah itu.

Dua tahun sebelum itu di New Delhi, India, Malaysia berjaya melangkah ke pentas final tetapi tewas kepada Jepun.

Chong Wei, 36, berkata penting untuk Malaysia layak ke suku akhir sebagai juara kumpulan bagi mendapat laluan selesa untuk melangkah ke separuh akhir menerusi undian yang akan dijalankan selepas tamat aksi peringkat kumpulan.

“Kalau kita jadi juara kumpulan, kita akan diletakkan sebagai pilihan pada undian dan akan bertemu naib juara kumpulan saja. Jadi, peluang kita untuk mara ke separuh akhir lebih cerah.

“Namun, kita tidak boleh pandang rendah kemampuan Russia dan Algeria. Semua pemain perlu fokus dalam setiap perlawanan,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia menjulang trofi Piala Thomas adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.

 Chong Wei tiup kata-kata semangat

kepada rakan sepasukan

 ??  ?? ISKANDAR dan Zii Jia (kanan) dan sah membarisi pusingan akhir Piala Thomas 2018 di Bangkok, Thailand.
ISKANDAR dan Zii Jia (kanan) dan sah membarisi pusingan akhir Piala Thomas 2018 di Bangkok, Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia