Harian Metro

Optimis cergas bantu Belgium

-

Brussels: Pemain Belgium, Vincent Kompany tidak bimbang mengenai satu lagi kecederaan yang membelengg­u kariernya di Manchester City apabila dia menyertai skuad kebangsaan ke Piala Dunia tahun ini.

Pertahanan tengah itu yakin dia dan pasukannya akan berdepan kejohanan penuh mengujakan di Russia.

“Saya berasakan jika saya bermain pada Piala Dunia, ia akan menjadi kejohanan terbaik saya setakat ini. Saya mahu menjadi yang terbaik. Saya akan bersiap sedia dengan baik dan daripada perlawanan pertama harap kami meningkat,” kata Kompany kepada wartawan semalam.

“Itulah karakter saya, anda kenal saya. Saya sering melihat kepada positif. Saya memikirkan akan bermain setiap minit setiap perlawanan dan saya ke Russia untuk memenangi Piala Dunia.”

Kompany yang berusia 31 tahun dibelenggu kecederaan hamstring yang berulang sejak beberapa tahun lalu namun bertindak baik sejak kembali dalam pasukan City bulan lalu.

Dia akan bermain buat Belgium pada aksi persahabat­an menentang Arab Saudi di Brussels awal pagi Rabu depan sesudah terlepas aksi Euro 2016 dan kempen kelayakan Piala Dunia.

“Ia mungkin mengambil sedikit masa seperti saya kehilangan sentuhan tapi saya tetap rasional dan melihat secara objektif mengenai kecederaan saya. Melihatnya secara positif saya mungkin beraksi kurang tapi saya mungkin akan cergas untuk Piala Dunia,” katanya.

“Saya masih mempunyai motivasi tinggi. Jika saya mendapat pujian, ia melonjakka­n semangat saya. Jika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia