Harian Metro

Tiada penawar segera

-

barangkali, tidak digemari oleh pemain kebangsaan masa kini. Ranking ibarat permainan angka yang boleh membebanka­n!

Malangnya, angka kedudukan untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia lebih kerap turun, jarang naik. Kesannya dipandang berat oleh komuniti bola sepak negara biarpun pada satu ketika dulu bekas jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal pernah mengatakan “ranking tidak penting!”.

Rajagobal bagaikan tidak terdaya menangkis sindiran penyokong yang melontarka­n pelbagai hujah dan kritikan untuk menzahirka­n kekecewaan mereka terhadap posisi (menurunnya) ranking Harimau Malaya.

Begitu juga panasnya isu ranking buat jurulatih Harimau Malaya yang seterusnya. Namun, kita harus faham tiada jurulatih yang mampu melakukan apa-apa untuk memperbaik­i ranking dengan segera. Jurulatih Harimau Malaya hanya mampu memastikan prestasi pasukan kendalian mereka dalam keadaan terbaik mencari kemenangan dalam perlawanan mendatang.

Kedudukan ranking ke-178 ketika ini adalah kesan rentetan daripada keputusan yang melanda sejak beberapa tahun kebelakang­an ini. Ia tidak boleh diubah menerusi keputusan beberapa perlawanan sahaja, tambahan pula kurangnya perlawanan kelas A yang dapat diatur oleh FAM dalam tempoh setahun.

Agak sukar untuk mengkaji sistem kutipan mata kendalian FIFA, malah formula ranking bola sepak dunia masih menimbulka­n banyak persoalan dan pernah dikritik oleh segelintir pemerhati sukan antarabang­sa.

Misalnya pada penghujung tahun 2014, Wales menduduki tangga ke-10 dengan mengutip mata paling tinggi sedangkan mereka gagal layak ke Piala Dunia pada tahun yang sama. Posisi Romania di tangga ke-8 ketika itu juga dipersoalk­an kerana pasukan itu juga tidak layak ke Piala Dunia di Brazil.

Banyak lagi hujah yang menyifatka­n ranking

FIFA tidak munasabah. Untuk 2018, mungkin ada kehairanan melihat Belgium (tangga ke-5), Poland (ke-6) dan Chile (ke-10) berjaya mengisi kedudukan 10 terbaik dunia.

Persoalan yang hampir sama juga pasti berlegar dalam kalangan penyokong tegar bola sepak negara Asia dan Asia Tenggara.

Berbanding sukan tenis misalnya, perubahan posisi ranking FIFA berlaku dengan begitu perlahan, tiada impak drastik untuk mendapat “direct entry” atau pertimbang­an “wild card” seperti mekanisme ranking Persatuan Pemain Tenis Profesiona­l (ATP).

Justeru peminat

Harimau Malaya tidak akan menyaksika­n peningkata­n ketara jika pun Malaysia berjaya menumpaska­n Mongolia dan Lubnan dalam dua perlawanan terbarunya.

Boleh dikatakan ranking FIFA berada di luar kawalan semasa jurulatih kebangsaan, yang penting ialah Harimau Malaya perlu terus memastikan kemenangan dalam setiap perlawanan yang dilalui.

Secara statistik kesukanan, ranking tetap dianggap penting dan akan terus dijadikan pengukur oleh peminat tanah air, termasuk membanding­kannya dengan posisi pasukan serantau Asia Tenggara yang lain.

Namun, tiada gunanya jika berluluh hati sepanjang masa disebabkan ranking. Banyak lagi sudut lain boleh dicari untuk dijadikan sokongan moral terhadap kemampuan sebenar Harimau Malaya dan bola sepak Malaysia amnya. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia