Harian Metro

‘PERANG’ KOLEKSI P RARAYA BERMULA

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Gabungan konsep moden, klasik jadi pilihan

Menghampir­i Ramadan, ramai yang sudah mula sibuk membelek fesyen sesuai untuk digayakan pada hari raya. Di laman Facebook dan Instagram pelbagai jenama pakaian Muslimah muncul tiba-tiba bak cendawan tumbuh .

Senario ini sudah menjadi kebiasaan berikutan berulang saban tahun. Waktu inilah wanita teruja memilih busana pelbagai rekaan dan potongan. Rekaan demi rekaan bertandang di skrin telefon bimbit, bersilih ganti.

Memberi kelainan dalam fesyen, Deenara Couture mengetenga­hkan koleksi moden kontempora­ri hasil rekaan eksklusif untuk wanita yang tercaricar­i koleksi praraya.

Pengasasny­a, Ayu Hayati Hamzah berkata, koleksi praraya tahun ini menggunaka­n fabrik satin Monaco, krep Como dan sifon yang diperincik­an dengan manik, mutiara, permata, bunga tiga dimensi (3D) serta renda mewah.

“Secara keseluruha­nnya, kami mempunyai lebih 15 rekaan untuk lebaran 2018. Bagaimanap­un, untuk praraya, kami mengetenga­hkan koleksi moden kontempora­ri yang menggabung­kan konsep moden dan klasik. Salah satu daripadany­a adalah kebaya peplum.

“Kebaya ini boleh digayakan mengikut mood dan kreativiti pemakai.

Ada yang selesa dengan padanan seluar polos seperti palazzo, ada juga yang lebih sukakan kain potongan duyung.

“Selain itu, ada juga koleksi blaus dengan perincian ropol eksklusif di bahagian tangan dan kaki. Potongan baju pula menampakka­n susuk anggun pemakai,”katanya.

Jelas Ayu, koleksi kali ini lebih terarah kepada pilihan kurung moden gaya klasik dengan perincian minimum, sesuai untuk digayakan ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara, menghadiri majlis kahwin, ke pejabat atau sekadar kasual.

“Hanya untuk koleksi hari raya nanti, barulah perincian manik, mutiara, permata, bunga kecil dan campuran fabrik diberi perhatian untuk memberi kelainan, sekali gus menyerlahk­an lagi rekaan.

“Untuk koleksi ini, rekaannya banyak diinspiras­ikan daripada koleksi busana zaman 70-an. Kami beri sentuhan moden untuk disesuaika­n dengan kehendak wanita kini yang mementingk­an ciri minimalis dalam fesyen.

“Setiap helaian busana ditawarkan pada harga mampu milik, bersesuaia­n mengikut rekaan. Harga bermula dari RM99 hingga RM289,” katanya.

 ??  ?? PERINCIAN ropol beri keselesaan dan gaya kepada pemakai. Kebaya ini boleh digayakan mengikut mood dan kreativiti pemakai.
Ada yang selesa dengan padanan seluar polos seperti palazzo, ada juga yang lebih sukakan kain potongan duyung
REKAAN moden untuk...
PERINCIAN ropol beri keselesaan dan gaya kepada pemakai. Kebaya ini boleh digayakan mengikut mood dan kreativiti pemakai. Ada yang selesa dengan padanan seluar polos seperti palazzo, ada juga yang lebih sukakan kain potongan duyung REKAAN moden untuk...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia