Harian Metro

PENGARUH ALKOHOL

- Ramli Ibrahim cnews@nstp.com.my

Dua maut, seorang parah kenderaan rempuh pembahagi jalan

Dua maut, seorang parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 70 Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Hendrop di sini, 4.30 pagi semalam.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta, S Paramasiva­m, 33, berasal dari Kampung Raja, Cameron Highlands dan seorang wanita duduk di tempat duduk belakang yang belum diketahui identitiny­a.

Penumpang tempat duduk hadapan, Sharif Sayid Ahmad, 38, parah dan dirawat di Hospital Gua Musang (HGM) di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superinten­dan Mo- hd Taufik Maidin berkata, siasatan awal mendapati ke- malangan berlaku apabila pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol, gagal mengawal kenderaan dan merempuh pembahagi jalan. “Akibat rempuhan itu, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang parah di kepala dan badan.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dipanggil bagi membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit,” katanya.

Mohd Taufik berkata, mangsa yang cedera dihantar ke HGM dan keadaannya dilapor stabil manakala mangsa maut dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? MANGSA kemalangan di Jalan Gua Musang-Lojing.
MANGSA kemalangan di Jalan Gua Musang-Lojing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia