Harian Metro

TAMBAH

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@nstp.com.my

Capai sasaran kemasukan tujuh peratus pelajar India ke IPTA

Kerajaan sedang mengkaji untuk menambah bilangan tempat dan bidang pengajian baru bagi pelajar kaum India di institut pengajian tinggi awam (IPTA) membabitka­n universiti, politeknik, kolej dan matrikulas­i pada masa depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kajian itu penting bagi mencapai sasaran kemasukan pelajar India ke IPTA sekurang-kurangnya tujuh peratus daripada keseluruha­n tempat di institusi pengajian tinggi di negara ini.

Beliau berkata, buat masa ini, sasaran tujuh peratus itu belum dapat dipenuhi dan dicapai.

“Justeru, beberapa pertolonga­n khas serta campur tangan pihak tertentu akan dilaksanak­an bagi mencapai sasaran berkenaan,” katanya pada program ramah mesra bersama Yayasan my NADI di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi my NADI Datuk Dr S Jeyaindran.

Sasaran tujuh peratus penyertaan pelajar India ke universiti, kolej dan politeknik adalah antara agenda utama yang digariskan dalam Pelan Tindakan Untuk Masyarakat India di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dilancarka­n Najib tahun lalu.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan juga akan umumkan skim pelaburan khas bagi kumpulan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) kaum India pada 7 April depan.

Menurutnya, beliau menjangkak­an seramai 100,000 isi rumah kaum India akan menyertai skim yang dikenali sebagai Amanah Saham 1Malaysia itu.

“Pengumuman lanjut akan dibuat pada tarikh itu. Setakat ini, 411.14 juta unit saham dilanggan masyarakat India melalui pengagihan khas 1.5 bilion unit tambahan A1SM untuk masyarakat kaum India yang dibuka sejak Shahrul Zaman Yahya, Pengerusi HDC, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Jamil Bidin.

Ahmad Zahid juga berkata, HDC diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana yakin agensi tiga bulan lalu.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bersifat inklusif, kita sentiasa memastikan tiada siapa yang harus tercicir dalam arus pembanguna­n negara,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan sentiasa memupuk semangat ‘nambikei’ (amanah) sesama masyarakat untuk bergerak ke hadapan sebagai satu bangsa, sekali gus menjamin kesejahter­aan dan kemakmuran rakyat.

“Menerusi kepemimpin­an sedia ada kini, kami akan terus membantu masyarakat India untuk berada di tempat yang sewajarnya di Malaysia. Itulah harapan saya,” katanya. berkenaan ada potensi besar untuk membangunk­an hab halal bukan saja di Malaysia, tetapi juga seluruh dunia.

Katanya, negara luar menjadikan Malaysia sebagai contoh dalam pensijilan halal dengan potensi hab halal sangat besar.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid beramah mesra dengan pengunjung ketika menghadiri Program Jelajah Halal Malaysia 2018, semalam.
DR Ahmad Zahid beramah mesra dengan pengunjung ketika menghadiri Program Jelajah Halal Malaysia 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia