Harian Metro

J LINGARD LONJAK ENGLAND

- AFP

(gambar)

esse Lingard menjaringk­an gol England pertamanya ketika skuad berwajah baru itu menewaskan Belanda 1-0 dalam aksi persahabat­an awal pagi semalam.

Ia adalah perlawanan di tempat lawan terakhir England sebelum mereka berkampung di Russia untuk kempen Piala Dunia tahun ini manakala Belanda antara pasukan utama yang terlepas menyertai kejohanan kali ini.

Ia juga adalah kemenangan pertama England ke atas Belanda selepas kali terakhir menang 4-1 di Wembley ketika Euro 96, di mana pengendali England sekarang, Gareth Southgate turut beraksi.

Bagi legenda Belanda Ronald Koeman, ia permulaan mengecewak­an pada perlawanan pertamanya sebagai pengendali Oranje.

Aksi persahabat­an menentang Itali di laman sendiri minggu depan adalah medan terakhir buat Southgate memilih skuad Piala Dunia ke Russia.

Pada perlawanan awal pagi tadi, pemain tengah Manchester United Lingard meledak gol tunggal pada minit ke-59, sejurus selepas England dinafikan sepakan penalti walaupun jelas Marcus Rashford dijatuhkan dalam kotak oleh Matthijs de Ligt dan penjaga gol Jeroen Zoet.

Dalam perkembang­an lain, 90 penyokong England ditahan oleh polis Amsterdam kerana mengganggu ketenteram­an awam menjelang perlawanan berkenaan.

“Jumlah tangkapan ke atas penyokong England kini mencecah 90 orang,” kata polis Amsterdam.

Dalam satu rakaman video, anggota polis berkuda dilihat cuba meleraikan kumpulan penyokong England di kawasan tumpuan pelanconga­n, manakala satu video lagi menunjukka­n sekumpulan penyokong mencampak basikal dari jambatan ke arah bot yang melalui terusan.

 Jaring gol pertama sebelum

berkampung di Russia

 ??  ?? PEMAIN England, Kyle Walker (kanan) menghalang asakan pemain Belanda, Memphis Depay pada aksi persahabat­an Johan Cruijff Arena, Amsterdam, kelmarin.
PEMAIN England, Kyle Walker (kanan) menghalang asakan pemain Belanda, Memphis Depay pada aksi persahabat­an Johan Cruijff Arena, Amsterdam, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia