Harian Metro

‘Ika tak geli’

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 Jururawat pelihara 40 haiwan eksotik termasuk 26 jenis ular

Melihat perwatakan­nya yang lemah lembut dan sopan mungkin ramai tidak menyangka gadis ini sebenarnya meminati haiwan eksotik.

Paling mengagumka­n, gadis ini menyimpan 26 jenis ular termasuk ular tedung selar dan pelbagai haiwan eksotik serta burung di belakang rumahnya.

Menceritak­an mengenai minatnya, anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak, Dewi Zulaikha, 22, berkata, hobinya bermula ketika usianya 17 tahun dan dia langsung tidak geli ketika memegang haiwan eksotik terbabit.

Katanya, bermula sebagai hobi untuk mengisi masa lapang, dia semakin serius dan mengambil keputusan menambah jumlah haiwan eksotik yang dipelihara sebagai koleksi.

“Ada yang saya tangkap sendiri, selain diberikan individu tertentu. Semua haiwan terbabit ditempatka­n di tempat khas di belakang rumah saya.

“Antara haiwan yang dipelihara adalah iguana, musang, landak, burung, arnab dan labah-labah tarantula. Itu tidak termasuk koleksi ular.

“Anggaran setakat ini haiwan yang saya pelihara lebih 40 jenis.

“Ular tedung selar adalah reptilia paling besar dalam koleksi dan ukurannya yang kini sudah mencapai empat meter.

“Sebagai peminat haiwan eksotik saya juga pernah dipatuk ular, tapi kecederaan yang dialami tak serius kerana bisa reptilia itu sudah dibuang,” katanya.

Menurutnya, dia sentiasa belajar dan merujuk pelbagai sumber termasuk mengamalka­n petua orang lama mengenai cara menjaga haiwan eksotik.

Gadis terbabit yang kini menetap di Seberang Jaya, Pulau Pinang menjadi popular apabila gambarnya memegang ular dan biawak tular di media sosial.

Jururawat di pusat perubatan swasta di Pulau Pinang itu berkata, gambar terbabit mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang mengecamny­a namun komen negatif langsung tidak menjejaska­n fokusnya kepada hobi unik itu.

“Biawak dalam gambar itu saya namakan Kenit, haiwan itu saya jumpa di belakang rumah Julai tahun lalu dan saya membawanya pulang untuk diberi rawatan kerana dia mengalami kecederaan.

“Saya menggunaka­n pengalaman sebagai jururawat merawat luka atau kecederaan yang dialami mana-mana haiwan dalam jagaan saya,” katanya.

Tambahnya, dia mahu tampil dengan imej positif mendidik masyarakat terutama golongan muda supaya cintakan haiwan. saya cacat seumur hidup akibat bisa ular itu,” katanya.

Menurutnya, sudah lebih 200 ular sawa ditangkapn­ya selain 12 spesis tedung dan dia banyak menimba ilmu dengan pakar ular tempatan di Wakaf Tapai, Mohd Sayuti Harun, 72, atau lebih dikenali Pak Da Ular.

“Banyak ilmu dan petua yang saya peroleh daripada Pak Da apabila berhadapan ular berbisa dan pantang larang itu selalu saya ingat untuk pastikan diri selamat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah APM Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, kejadian yang menimpa arwah Abu Zahrin memberi teladan kepada semua anggota APM supaya lebih berhati-hati ketika menangani reptilia berbisa.

 ??  ?? ZULAIKHA membawa biawaknya berjalan-jalan.
ZULAIKHA membawa biawaknya berjalan-jalan.
 ??  ?? ZULAIKHA mengucup ular
tedung selar.
ZULAIKHA mengucup ular tedung selar.
 ??  ?? LABAH-labah tarantula merayap di lengan Zulaikha.
LABAH-labah tarantula merayap di lengan Zulaikha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia