Harian Metro

Makan gaji buta tuduhan tak berasas

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan tuduhan sesetengah pihak kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah ‘pak turut’ kepada kerajaan.

Najib berkata, beliau kesal apabila ada segelintir pihak cuba mewujudkan persepsi negatif yang kononnya polis hanya makan gaji buta tanpa melaksanak­an tanggungja­wabnya dengan baik.

“Saya kesal dengan tuduhan melulu yang dibuat sesetengah pihak, ada yang lahirkan persepsi anggota polis kononnya pak turut kerajaan dan makan gaji buta.

“Sedangkan selama 221 tahun PDRM setia berkorban nyawa demi mempertaha­nkan kedaulatan dan keselamata­n negara tanpa mengira siapa yang memerintah,” katanya sewaktu berucap pada Sambutan Hari Polis ke-211 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, semalam.

Tanpa memetik nama secara khusus, Najib turut mengkritik tindakan bekas pemimpin berusia 93 tahun yang menuduh polis terbabit secara langsung dalam pemecatan timbalan perdana menteri pada 1998.

Najib turut menyelar tindakan anak lelaki pemimpin berusia 93 tahun itu yang mengeluark­an kenyataan akan memecat pegawai kerajaan sekiranya Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

Pada majlis sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun turut melahirkan rasa kesalnya terhadap tindakan sesetengah pihak yang cuba membangkit­kan kebencian terhadap polis.

“Berita palsu di media sosial yang cuba membangkit­kan sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat terhadap polis memburukka­n lagi krisis imej PDRM,” katanya.

 ?? Najib Razak ?? Saya kesal dengan tuduhan
melulu yang dibuat sesetengah
pihak
NAJIB diiringi Mohamad Fuzi memeriksa perbarisan ketika sambutan Hari Polis ke-211 2018. ANGGOTA Unit Tindak Khas (UTK) menyertai perbarisan ketika sambutan Hari Polis ke-211 2018 di...
Najib Razak Saya kesal dengan tuduhan melulu yang dibuat sesetengah pihak NAJIB diiringi Mohamad Fuzi memeriksa perbarisan ketika sambutan Hari Polis ke-211 2018. ANGGOTA Unit Tindak Khas (UTK) menyertai perbarisan ketika sambutan Hari Polis ke-211 2018 di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia