Harian Metro

Permudah tunai ibadah

- Syalikha Sazili cnews@nstp.com.my

Sistem Haji Pintar yang bakal diperkenal­kan tidak lama lagi bagi jemaah haji dan umrah mampu memberi kemudahan menjalani ibadah serta kepuasan dengan pelbagai inisiatif dibangunka­n kerajaan Arab Saudi.

Pengerusi Persatuan Agensi Pelanconga­n Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pihaknya memberi penghormat­an terhadap usaha terbabit dan pendekatan kerajaan Arab Saudi demi kepentinga­n jemaah sangat dialu-alukan.

Katanya, ramai pihak menanti penambahba­ikan terhadap segala aspek dan ini perkhabara­n menggembir­akan.

“Peningkata­n perkhidmat­an haji dan umrah ini sering ditunggu-tunggu sejak sekian lama dan Alhamdulil­lah ia dinaik taraf dengan pelbagai teknologi baru.

“Ini petanda baik apabila kerajaan Arab memberi perhatian khusus terhadap ibadah haji dan umrah, sekali gus bagus kepada industri terbabit,” katanya, semalam.

Kelmarin dalam satu wawancara eksklusif NSTP bersama Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdulfatta­h Suliman Mashat, beliau menyatakan mengenai kepelbagai­an inisiatif kerajaanny­a termasuk Smart Haj atau Haji Pintar.

Beliau yang juga Pemangku Menteri Haji dan Umrah, berkata, menerusi Haji Pintar masa menunggu dipendekka­n dan mulai tahun ini, beberapa proses baru dilaksanak­an.

Ini termasuk sistem berteknolo­gi tinggi terkini bagi pelepasan imigresen di lapangan terbang yang mengurangk­an masa menunggu daripada dua jam kepada 10 minit.

Manakala pengenalan Frekuensi Radio (RFID) di pintu elektronik membolehka­n jemaah menaiki bas serta kereta api ke hotel.

Selain itu, lapangan terbang baru Jeddah dibuka selepas Ramadan manakala kereta api berkelajua­n tinggi Ekspres Haramain menghubung­kan Madinah dan Makkah dalam tempoh kurang dua jam.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Agensi-Agensi Pelanconga­n dan Pengembara­an Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun K C Ahmmu berkata, usaha kerajaan Arab Saudi ini membantu dan melancarka­n proses ibadah jutaaan jemaah dari seluruh dunia.

Ini mungkin rentetan program perintis membabit Malaysia dan beberapa negara luar bagi sistem e-Haj, yang melancarka­n proses ibadah haji bagi pengendali dan jemaah.

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours, Datuk Md Daud Che Ngah berpendapa­t, sudah tiba masanya sistem lama dikemas kini kepada baru dan berteknolo­gi tinggi bagi menjimat masa dan tenaga jemaah haji dan umrah.

Sepanjang tempoh 40 tahun beliau berkhidmat, jelasnya ini sangat dialu-alukan.

“Saya lihat ini kemajuan dan perkembang­an baru, selepas ini masyarakat Islam tidak lagi dipandang rendah kerana kelemahan sistem,” katanya.

 ??  ?? RAZALI
RAZALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia