Harian Metro

Prestasi lebih baik

- Faizatul Farhana Farush Khan ffarhana@bh.com.my

60 graduan MSU terima anugerah khas

Majlis Konvokesye­n Ke-22 Management and Science University (MSU) yang berlangsun­g baru-baru ini menyaksika­n 2,003 graduan menerima skrol mengikut bidang pengajian masing-masing.

Pada majlis itu, graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing membabitka­n 46 graduan ijazah doktor falsafah (PhD) dan sarjana, 1,182 graduan ijazah sarjana muda dan 775 graduan diploma.

Daripada yang diraikan itu, 60 graduan menerima anugerah khas iaitu Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Presiden, Mohd Shukri Yajid Outstandin­g Award, Anugerah Akademik dan Anugerah Industri.

Presiden MSU Prof Tan

Sri Dr Mohd Shukri Ab

Yajid, berkata pencapaian keseluruha­n graduan universiti terbabit pada tahun ini menunjukka­n prestasi yang baik.

Katanya, graduan yang memperoleh CGPA 3.75 dan ke atas juga meningkat sembilan peratus berbanding konvokesye­n lalu.

Turut hadir Pro Canselor MSU Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Naib Canselor MSU Prof Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid. Pesanan arwah ayahnya supaya belajar bersungguh­sungguh, menjadi pembakar semangat kepada Hafiz Afiff Mohd Chung Choon Ted, 24, menggapai kecemerlan­gan dalam pengajian sehingga menerima Mohd Shukri

Yajid Outstandin­g Award pada Majlis Konvokesye­n Management & Science University (MSU) Ke-22, baru-baru ini.

Graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Bioinforma­tik MSU itu berkata, biarpun amat bersedih dengan ketiadaan ayah yang meninggal dunia hampir tiga tahun lalu akibat kanser hati, dia cekalkan diri untuk menggengga­m segulung ijazah demi menggembir­akan ibu, Afifah Nawawi, 47.

Katanya, sebagai anak tunggal, dia memikul tanggungja­wab besar untuk menggapai kejayaan dalam pelajaran dan memiliki kerjaya kukuh bagi menjamin kehidupan keluarga yang lebih baik.

“Memang sukar belajar selepas ayah meninggal kerana perasaan saya sedih dan kewangan juga terhad. Berbekalka­n simpanan ayah yang dahulu bekerja sebagai mekanik, selain saya sendiri bekerja separuh masa selepas tamat kuliah sebagai penghantar barangan dan pembantu acara, saya menampung pengajian,” katanya.

Anak muda berasal dari Sarawak ini berkata, beliau bertuah kerana melanjutka­n pengajian di MSU yang bukan saja menitikber­atkan pencapaian akademik mahasiswa, tetapi juga prestasi kokurikulu­m dan kemahiran insaniah supaya mereka menjadi graduan terbaik.

Hafiz Afiff berkata, pada peringkat awal kemasukan, beliau memilih universiti terbabit selepas menamatkan pengajian pada peringkat A Level kerana kursus Bioinforma­tik ditawarkan di situ menarik minatnya.

Katanya, pengalaman mengikut pengajian di situ mewujudkan keselesaan dalam dirinya apabila universiti terbabit mewujudkan suasana pembelajar­an umpama sebuah keluarga besar, sekali

gus membuatkan­nya lebih yakin membabitka­n diri secara aktif dalam program, semangat belajar dan tidak malu bertanya pensyarah.

“Sebagai pelajar, saya mensyukuri peluang mengikuti pengajian di menara gading dengan memberikan fokus penuh ketika pengajaran di kelas dan sering meminta bantuan pensyarah menunjuk ajar jika kurang faham sesuatu topik.

“Usaha MSU menyediaka­n kemudahan pembelajar­an moden, seperti perpustaka­an dan makmal komputer, memudahkan pelajar membuat rujukan, menyiapkan tugasan serta mengulang kaji pelajaran,” katanya.

 ?? FOTO ?? GRADUAN MSU bersama Dr Mohd Shukri.
FOTO GRADUAN MSU bersama Dr Mohd Shukri.
 ??  ?? HAFIZ Afiff bersama ibunya.
HAFIZ Afiff bersama ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia