Harian Metro

Rumah ditembak lagi

- Syaherah Mustafa news@nstp.com.my

Empat beranak cemas rumah dihujani 8 das tembakan rambang

Selepas dua kali berhadapan kejadian yang sama, empat beranak di Kampung Kerdap sekali lagi melalui detik cemas selepas rumah mereka dihujani lebih lapan das tembakan, pagi semalam.

Penghuni rumah berkenaan, Syazwani Zulkifli, 22, berkata, dia bersama ibu, bapa dan adiknya nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat selain kaca pecah dalam kejadian jam 2.56 pagi itu.

Menurutnya, dua kali kejadian tembakan di sekitar kawasan rumahnya pernah berlaku pada bulan ini.

“Sebanyak lapan das tembakan dilepaskan dalam masa kurang lima minit, kami sekeluarga tidak mampu bangun atau bergerak kerana terlalu takut,” katanya.

Menurutnya, tembakan berkenaan menyebabka­n dinding rumah dan langsir berlubang selain terdapat peluru di bilik adik, Nur Nabihah, 20, yang hampir terkena tembakan sebelum membuat laporan polis.

“Saya sendiri tidak tahu apa motif kejadian kerana kami sekeluarga tidak pernah berhutang dan tiada musuh,” katanya yang masih trauma dengan kejadian yang menimpa mereka sekeluarga itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah mengesahka­n pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Menurutnya, pihaknya juga menemui empat peluru berukuran 9mm dan siasatan akan dilakukan bagi mengetahui motif tembakan itu memandangk­an kejadian yang sama sudah berlaku sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia