Harian Metro

JB hab alat ganti Volkswagen rantau Asia Pasifik

-

Kuala Lumpur: Pengeluar kereta Jerman, Volkswagen (VW) akan memindahka­n gudang peralatann­ya di Singapura ke Johor Bahru untuk dijadikan sebagai lokasi baharu hab alat ganti rantau Asia Pasifik VW, menjelang suku keempat 2018.

Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Erik Winter berkata, langkah itu dilaksanak­an selepas mengambil kira isu logistik dan ruangan terhad di Singapura dan diyakini dapat diselesaik­an sebaik dipindah ke Tanjung Pelepas, Johor Bahru.

Katanya, pemindahan gudang peralatan itu juga akan menambah baik kebolehcap­aian alat ganti VW di Malaysia dengan mengurangk­an tempoh penghantar­an kepada pengedar VW di negara ini.

“Sebelum ini, tempoh menunggu alat ganti VW memakan masa kira-kira dua hari. Sebaik operasi dipindahka­n ke Johor Bahru, tempoh penghantar­an boleh diselesaik­an pada hari sama.

“Ini sekali gus akan memberi manfaat kepada pelanggan VW Malaysia khususnya dari segi pembaikan dan penyelengg­araan kenderaan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Pelancaran VW Golf di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis pelancaran itu, VPCM turut memperkena­lkan barisan model baru VW Golf untuk pasaran tempatan yang ditawarkan menerusi empat varian.

Empat varian yang diperkenal­kan ialah VW Golf Sportline, Golf R-Line, Golf GTI dan Golf R.

Mengulas lanjut, Erik berkata, pihaknya yakin pengeluara­n barisan model baharu itu akan menyumbang kepada pertumbuha­n jualan kenderaan VW tahun ini.

“Tahun ini kami menyasarka­n untuk capai angka kukuh dari segi jualan berdasarka­n pencapaian 6,536 unit pada tahun lalu. Kami yakin model Golf baharu ini akan menyumbang kepada sasaran itu,” katanya.

Sebelum ini, tempoh menunggu alat ganti VW memakan masa kira-kira dua hari. Sebaik operasi dipindahka­n ke Johor Bahru, tempoh penghantar­an boleh diselesaik­an pada hari sama”

Erik Winter

 ??  ?? ERIK melancarka­n siri model terbaru Volkswagen Golf Sportline, Golf R-Line, Golf GTI dan Golf R di Kuala Lumpur.
ERIK melancarka­n siri model terbaru Volkswagen Golf Sportline, Golf R-Line, Golf GTI dan Golf R di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia