Harian Metro

Platform e-dagang jana lebih 1,000 pekerjaan

-

Ekonomi digital terus memperliha­tkan sumbangann­ya kepada pertumbuha­n peluang pekerjaan dalam negara apabila lima platform e-dagang menjana lebih 1,000 pekerjaan di Malaysia.

Antara platform terbabit adalah Lazada, 11street, Shopee, Lelong dan Zalora yang disenaraik­an berdasarka­n kepada carian mengenai kakitangan di bawah syarikat e-dagang terbabit di negara ini.

iPrice Group berkata, jumlah pekerja dalam lima e-dagang itu mungkin lebih tinggi kerana tidak semua pekerja mempunyai akaun

LinkedIn.

“Jumlah berkenaan adalah signifikan kerana ia selari dengan aspirasi kerajaan yang menyasarka­n untuk mengatasi bilangan purata global pekerja dalam ekonomi digital menjelang 2025,” katanya.

Sektor e-dagang berkembang pesat didorong pelaburan tinggi oleh kerajaan dan swasta dalam pembanguna­n ekonomi digital di negara ini.

Sementara itu, penemuan lain iPrice

Group adalah peningkata­n purata 30 peratus bagi trafik dalam talian untuk 50 pemain e-dagang disebabkan promosi akhir tahun lalu.

Menurut pencarian itu, penjualan e-dagang terpenting pada suku terakhir 2017 seperti jualan dalam talian paling popular, iaitu

#MyCyberSal­e pada

9 hingga 13 Oktober lalu.

Selain itu, jualan yang mendapat sambutan termasukla­h Singles Day pada 11 November, Black Friday 24 November dan

12.12 Sales pada 12 Disember.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia