Harian Metro

EZUAN LEGA

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Penembak kebangsaan, Ezuan Nasir Khan pasti boleh menarik nafas lega apabila kecederaan jari kanan yang mengalami keretakan kecil kini pulih sepenuhnya menjelang Sukan Komanwel Gold Coast, bulan depan.

Penembak berusia 29 tahun itu kembali berlatih esok selepas berehat hampir dua minggu akibat kecederaan jari kelengking­nya.

“Alhamdulil­lah, saya akan mula berlatih esok selepas doktor menasihatk­an supaya berehat. Selepas membuat rawatan fisioterap­i dan berubat secara kampung, jari saya kembali OK, memang pada awalnya merisaukan kerana hari kejohanan semakin dekat,” katanya.

Ezuan antara sembilan penembak yang akan membawa cabaran negara pada temasya kedua terbesar dunia itu.

Selain Ezuan, skuad menembak mempertaru­hkan penembak berpengala­man dengan menyenarai­kan pemenang pingat Sukan SEA

Kuala Lumpur

2017 (KL2017) seperti Johnathan Wong, Benjamin Khor dan Alia Sazana Azahari.

Malah, bekas pemenang emas Sukan Komanwel, Bibiana

Ng dan perak, Nur Suryani Taibi turut mendapat kepercayaa­n Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia

(NSAM) dalam buruan sekurang-kurangnya satu emas di

Gold Coast.

Bagi Ezuan, dia mengharapk­an pencapaian lebih baik dalam dua acara 50m rifle prone dan 10m air rifle selepas sekadar menamatkan saingan di tempat kelima dan keenam di Glasgow empat tahun lalu.

“Saya yakin untuk membawa balik pingat kali ini, tak kisah sebarang pingat kerana saya sedar saingan di pentas Komanwel khususnya dengan kehadiran penembak tuan rumah, India dan Bangladesh,” kata pemenang perak Sukan Asia Incheon

2014 itu.

 Kecederaan jari kanan kini pulih sepenuhnya menjelang Sukan Komanwel Gold Coast

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia