Harian Metro

Telaga tiub selesai krisis air

- Cnews@nstp.com.my

 Masalah bekalan 2 kampung di Kiulu tamat

Masalah bekalan air bersih dialami ketika musim kemarau kira-kira 500 penduduk Kampung Bungalio dan Kotunuan Baru, Kiulu, di sini, berakhir dengan siapnya sistem telaga tiub yang mampu membekalka­n air berterusan kepada penduduk di kawasan berbukit itu.

Penyediaan kemudahan itu adalah inisiatif Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) menerusi program STI Outreach (Merakyatka­n Inovasi) kementeria­n berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Bungalio dan Kotunuan Baru, Suffian Kundu, berkata penyediaan kemudahan itu mengakhiri penantian penduduk untuk menikmati bekalan air bersih sejak sekian lama.

Beliau berkata, kedudukan perkampung­an berkenaan di kawasan bukit menyebabka­n penduduk sering berdepan masalah bekalan air jika kemarau, selain air kotor jika hujan berterusan akibat pencemaran kelodak di empangan sistem air graviti mereka.

“Kami bersyukur apabila mendapat bantuan pembinaan sistem telaga tiub ini, Setakat ini 100 rumah menerima manfaat daripada kemudahan ini,” katanya ditemui pada Majlis Perasmian Sistem Telaga Tiub Kampung Bungalio dan Kampung Kotunuan Baru, di sini, semalam.

Majlis itu disempurna­kan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Datuk Madius Tangau. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

Suffian berkata, bagi memastikan kemudahan baru itu berfungsi dengan baik sepanjang masa, pihaknya akan menubuhkan jawatankua­sa penyelengg­araan bagi mengelak gangguan bekalan air selain dapat memenuhi keperluan penduduk bagi tempoh panjang.

Sementara itu, Madius berkata, pembinaan sistem telaga tiub itu dimulakan September tahun lalu dan siap pada Disember membabitka­n kos RM200,000, termasuk penggerudi­an telaga tiub sedalam 113 meter.

 ??  ?? MADIUS ketika hadir pada Majlis Perasmian Sistem Telaga Tiub.
MADIUS ketika hadir pada Majlis Perasmian Sistem Telaga Tiub.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia