Harian Metro

SITI AAFIYAH

Nama Siti Aafiyah dipilih sempena doa Nabi Muhammad

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Siti Aafiyah menjadi pilihan nama anak pasangan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Siti, 39, berkata nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al

Abbas.

“Nama anak ini saya dapat ketika menunaikan umrah tahun lalu. Sepanjang di sana, saya sering mendengar doa berkenaan. Malah maksud Aafiyah juga merangkumi yang baik-baik saja.

“Malah sepanjang hamil, saya sering mendapat kiriman doa ini yang menyebut nama Aafiyah. Jadi, saya dan suami sepakat memilih nama ini,” katanya.

Sementara itu, suami Siti, Khalid, 59, berkata pemilihan nama anak mereka lebih ringkas, indah dan mudah diingati dalam setiap doa.

“Pilihan nama anak berdasarka­n satu doa Rasulullah yang mengajar bapa saudaranya. Apabila Abbas bertanya apakah doa terbaik dibaca, Rasulullah berikan ayat berkenaan.

“Dalam doa itu ada perkataan ‘Afiyah yang membawa maksud untuk menyelamat­kan daripada sebarang kesusahan yang menimpa untuk sihat, kita berada dalam ‘Afiyah, untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam ‘Afiyah, untuk hidup, kita berada dalam ‘Afiyah dan untuk anak-anak dilindungi, kita berada dalam ‘Afiyah.

“Daripada situ saya menamakan anak saya. Dalam masa sama nama ini ringkas dan mudah diingati. Malah dalam setiap doa kita menyebut nama ini,” katanya.

Bersempena hari ketujuh kelahiran anak pasangan itu, Siti turut mengadakan majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamanny­a yang disempurna­kan | oleh Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri.

Sebelum itu, pada sebelah petang Siti berkongsi wajah anak perempuann­ya di laman Facebook dan Instagram.Video berdurasi 57 saat yang memaparkan wajah anak Siti itu ditonton lebih sejuta kali dalam tempoh tiga jam.

Siti selamat bersalin bayi seberat 3.55 kg secara pembedahan, Isnin lalu dan ketika itu

Siti dan suami menggunaka­n nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra.

 ??  ??
 ??  ?? SITI Aafiyah dalam pangkuan ibu dan bapanya, malam tadi.
SITI Aafiyah dalam pangkuan ibu dan bapanya, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia