Harian Metro

Pengarah JPV Perlis direman 4 hari

-

Kangar: Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Negeri Perlis direman empat hari bermula semalam, untuk siasatan lanjut selepas disyaki terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Turut direman adalah seorang pemilik syarikat.

Perintah tahanan reman sehingga 30 Mac itu dikeluarka­n Hakim Mahkamah Seksyen Rusita Md Lazim.

Penahanan reman itu bagi membolehka­n siasatan terhadap penjawat awam berusia 44 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala pemilik syarikat berusia 39 tahun mengikut Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, Pengarah JPV terbabit yang memakai kemeja putih, tiba jam 10.30 pagi bersama pemilik syarikat yang memakai kemeja T merah dengan diiringi pegawai SPRM.

NSTP semalam melaporkan, SPRM menahan Pengarah JPV Negeri Perlis kerana disyaki terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Suspek yang juga seorang doktor didapati meluluskan lesen ‘Perladanga­n Unggas dan Aktiviti Lain’ atas nama dua syarikat yang dikatakan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Menurut sumber, pengarah terbabit menerima suapan iaitu dengan menduduki rumah sewa milik pemilik syarikat itu tanpa membayar duit sewa sejak November 2016 hingga November 2017, yang dianggarka­n bernilai RM9,600.

Kedua-dua suspek ditahan di SPRM Perlis ketika dipanggil bagi membantu siasatan kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia