Harian Metro

Majlis ulang tahun HM ke-27 meriah

-

Kuala Lumpur: Majlis meraikan Sambutan Ulang Tahun Harian Metro (HM) ke-27 di Balai Berita, Bangsar, di sini, semalam, dimeriahka­n dengan kehadiran lebih 500 tetamu terdiri daripada kakitangan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Antara tetamu yang hadir ialah Pengarah Urusan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Yahaya, Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib, Pengarang Eksekutif Kanan Integrasi NSTP, Saidon Idris dan Pengarang Eksekutif HM, Tuan Asri Tuan Hussein.

Yushaimi berkata, ikatan kekeluarga­an yang ditunjukka­n kakitangan HM seharusnya dicontohi dalam mengeratka­n lagi hubungan antara kakitangan NSTP.

“Hubungan erat antara kakitangan dapat membantu dalam mencapai matlamat NSTP pada masa akan datang dan keadaan itu harus kekal dalam mewujudkan suasana kerja lebih kondusif,” katanya ketika berucap pada majlis terbabit, semalam.

Sementara itu, Tuan Asri berkata, sambutan berkenaan diadakan bagi meraikan

kakitangan

NSTP yang melalui pelbagai transforma­si dalam memastikan akhbar keluaran syarikat berkenaan terus mendapat perhatian umum.

“Ada kakitangan mungkin tidak biasa atau jarang berjumpa dan menerusi sambutan seumpama ini, me-

reka boleh kenal dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, pada era globalisas­i dengan akhbar melalui pelbagai cabaran dan rintangan memerlukan kerjasama dan kesepakata­n antara kakitangan dalam memacu syarikat supaya terus kekal relevan. Kuala Lumpur: Kerajaan memperuntu­kkan 1.53 bilion unit saham skim pelaburan khas Amanah Saham Zulu untuk warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan harga RM1 seunit.

Perkara itu diumumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dalam majlis Siri Jelajah Perkasa Perwira bersama warga 4 Divisyen Tentera Darat Malaysia di Kem Wardieburn, Setapak di sini, semalam.

Skim pelaburan khas itu diumumkan kerajaan melalui Kementeria­n Pertahanan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Bank Muamalat, bulan lalu.

Ia terbahagi kepada dua kategori, iaitu Amanah Saham Bumiputera Zulu (ASB-Z) khusus untuk anggota dan veteran ATM berstatus Bumiputera, yang mana 1 bilion unit untuk anggota, manakala 500 juta

 ??  ?? YUSHAIMI (tengah) bersama Tuan Asri (lima dari kiri) dan Saidon (lima dari kanan) memotong kek sempena Majlis Jamuan Ulang Tahun Harian Metro ke-27 di Balai Berita, Bangsar.
YUSHAIMI (tengah) bersama Tuan Asri (lima dari kiri) dan Saidon (lima dari kanan) memotong kek sempena Majlis Jamuan Ulang Tahun Harian Metro ke-27 di Balai Berita, Bangsar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia