Harian Metro

Pengalaman redah banjir foto terbaik

-

Kota Bharu: Meredah banjir sejauh 500 meter dengan kedalaman 0.7 meter adalah pengalaman dilalui Jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Fathil Asri, bagi mendapatka­n gambar terbaik sehingga terpilih tempat pertama Istanbul Photo Awards 2018.

Fathil, 44, adalah satu-satunya jurugambar dari Malaysia yang memenangi kategori

dengan membawa pulang hadiah wang tunai AS$8,000 (RM31,160.46).

Menceritak­an semula pengalaman­nya, beliau sebelum itu menerima arahan daripada Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, melalui bekas Editor Foto NSTP Kamarudin Ahmad, mengenai kawasan Stesen Bas Lama Rantau Panjang yang sudah ditular menjadi seperti ‘pulau’ apabila terkepung dengan banjir.

Katanya, beliau menerima arahan untuk memeriksa kawasan berkenaan pada jam 10 pagi, 4 Januari tahun lalu ketika sibuk melakukan tugas mengambil gambar di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang.

“Saya menerima arahan untuk memeriksa keadaan stesen bas berkenaan yang terkepung akibat banjir sehingga gambarnya menjadi tular di media sosial.

“Saya mula bertolak ke lokasi terbabit pada jam 12 tengah hari dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang dikenakan tambang RM5 memandangk­an kawasan Rantau Panjang tidak boleh dilalui kenderaan biasa.

“Dari Masjid Beijing Rantau Panjang, saya terpaksa meredah banjir sedalam 0.7 meter ke stesen bas lama sejauh 500 meter sebelum mendapati gambar yang ditular sebelum ini diambil pada 2016 berdasarka­n kedudukan kereta di lokasi berkenaan,” katanya.

Katanya, tanpa membuang masa, beliau terus menggunaka­n dron untuk mengambil gambar dari udara dengan ketinggian 500 meter.

“Setiap kali musim banjir, saya akan keluar dari rumah terletak di Pasir Mas awal pagi untuk mendapatka­n gambar terbaik dan kadang kala terpaksa bermalam di Rantau Panjang.

“Kali ini, saya menggunaka­n dron bagi memudahkan kerja mendapatka­n gambar dari udara. Akhirnya, penat lelah saya mengharung­i banjir setiap tahun sehinggala­h mendapat gambar terbaik membuahkan hasil kerana terpilih daripada 37,000 gambar yang dihantar pada anugerah berkenaan,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR Fathil yang memenangi tempat pertama kategori Single Nature and Environmen­t pada Istanbul Photo
Award 2018.
GAMBAR Fathil yang memenangi tempat pertama kategori Single Nature and Environmen­t pada Istanbul Photo Award 2018.
 ?? Fathil ??
Fathil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia