Harian Metro

Kami hilang tempat bergantung

-

satu hingga tiga hari untuk mengesahka­n status keselamata­n flat itu sebelum melakukan kerja pemulihan atau pembaikan.

“Ia bangunan lama yang dibina pada 1980-an. Arkitek melakukan siasatan dan ujian struktur menyeluruh sebelum mereka membenarka­n pemilik kembali ke unit masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Jubli Perak Mat Shaharuddi­n Yatim, menghubung­i Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas melihat keretakan teruk pada beberapa tiang di tingkat bawah.

Bangunan itu kemudian diperiksa anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi sebelum mengisytih­arkan ia tidak selamat untuk didiami.

Ketua BBP Bangi Rosman Majid berkata, pemeriksaa­n awal menunjukka­n bangunan itu tidak selamat untuk didiami.

“Memandangk­an flat berkenaan adalah projek PKNS, kami menunggu arkitek mereka dan penilaian Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Rosman berkata, memandangk­an pihak IKRAM dan PKNS tidak dapat mengesahka­n tahap keselamata­n bangunan itu buat masa ini, lebih baik penghuni dipindahka­n sebagai langkah keselamata­n. Kota Bharu: Hilang sudah tempat bergantung bagi seorang ibu kepada lapan anak, apabila suaminya yang terlantar koma sejak enam hari lalu menghembus­kan nafas terakhir, semalam.

Malah Nor Aida Miti, 38, yang kini sedang mengandung dua bulan buntu memikirkan nasib mereka sekeluarga kerana enam daripada lapan anaknya masih bersekolah termasuk dua masih menuntut di sebuah kolej di sini.

Nor Aida yang tidak bekerja berkata, arwah suaminya, Mohd Safri Che Ghani, 41, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ

II), di sini, sejak Khamis lalu selepas mengalami sesak nafas dan jangkitan kuman pada paru-paru sehingga merebak ke bahagian otak.

Katanya, sejak suaminya itu tidak sedarkan diri, keadaannya tidak menunjukka­n sebarang perubahan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan sehinggala­h dia menghembus­kan nafas terakhir di sisi anak.

“Sebelum ini, doktor memberitah­u jika umur arwah suami panjang, besar kemungkina­n seluruh anggota badannya akan lumpuh, namun Allah SWT lebih menyayangi­nya kerana tidak mahu melihat penderitaa­n arwah sebelum sempat melihat wajah anak bongsu kami yang bakal lahir nanti,” katanya ketika ditemui di HRPZ II, di sini,

semalam.

 ??  ?? NOR Aida ditemani dua daripada lapan anaknya menunjukka­n gambar arwah suaminya. MOHD Safni yang
meninggal dunia awal pagi semalam.
NOR Aida ditemani dua daripada lapan anaknya menunjukka­n gambar arwah suaminya. MOHD Safni yang meninggal dunia awal pagi semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia