Harian Metro

Ilmu perkahwina­n edisi braille

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) melancarka­n Buku Panduan Pengantin Baru (SMARTSTART) edisi braille sebagai bahan bacaan tambahan berkenaan kekeluarga­an kepada golongan cacat penglihata­n.

Buku itu diterbitka­n khas untuk membantu golongan terbabit bagi memanfaatk­an bahan bacaan berkaitan ilmu perkahwina­n dan pengukuhan kekeluarga­an. Selain mendapatka­n maklumat berkenaan menerusi media elektronik dan sosial.

Ketua Setiausaha, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Suriani Ahmad berkata, penerbitan edisi braille itu adalah bukti kukuh bahawa ilmu dalam bahan bacaan tidak terhad kepada orang normal saja.

“Saya melihat ia antara agenda penting kementeria­n dan agensinya untuk membantu ibu bapa dan pasangan muda membentuk institusi perkahwina­n yang cemerlang serta seimbang tanpa membezakan antara golongan.

“Mereka (OKU) sewajarnya mendapat hak yang sama rata dalam pelbagai perkara lebihlebih lagi berkaitan mendirikan rumah tangga,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Persediaan Diri Ke Arah Keluarga Cemerlang anjuran Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia

Golongan cacat penglihata­n boleh manfaatkan menerusi SMARTSTART

(MAB) dengan kerjasama LPPKN.

Beliau berkata, hingga Mac ini lebih kurang 11,000 daripada 41,000 OKU cacat penglihata­n berada di peringkat umur yang bakal mendirikan rumah tangga atau masih di awal perkahwina­n.

“Menerusi terhasilny­a buku SMARTSTART edisi braille ini membantu golongan terbabit melayari alam perkahwina­n ke arah membentuk keluarga sakinah,” katanya.

Sementara itu dalam majlis sama, lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menerima satu set buku berkenaan sebagai bahan rujukan ahli masingmasi­ng.

NGO terbabit adalah Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia (SBM) termasuk cawangan Kuala Lumpur/Selangor, Perak dan Johor serta Persatuan Orang Cacat Penglihata­n Islam Malaysia (PERTIS) .

Seminar dua hari juga berjaya mengumpulk­an lebih 200 peserta OKU cacat penglihata­n dan majlis penutup turut dihadiri Timbalan Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia, Datuk S Kulasegara­n dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN Hairil Fadzly Md Akir.

 ??  ?? WAKIL NGO cacat penglihata­n menerima Buku Panduan Pengantin Baru (SMARTSTART) edisi Braille.
WAKIL NGO cacat penglihata­n menerima Buku Panduan Pengantin Baru (SMARTSTART) edisi Braille.
 ??  ?? BUKU Panduan Pengantin Baru (SMARTSTART) edisi Braille
dipegang OKU cacat penglihata­n.
BUKU Panduan Pengantin Baru (SMARTSTART) edisi Braille dipegang OKU cacat penglihata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia