Harian Metro

KELAB BENTUK DISIPLIN

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Menarik golongan muda menyertai aktiviti berfaedah menjadi antara sebab tertubuhny­a Kelab Muay

Seri Manjoi, Perak yang mula aktif sejak dua tahun lalu.

Pengerusin­ya Ajmaly

Pon berkata, kelab berkenaan adalah yang pertama seumpamany­a di Kampung Seri Manjoi dan penubuhann­ya turut mendapat sokongan kuat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin .

Katanya, kelab berkenaan kini dianggotai 100 ahli terdiri daripada penduduk setempat berumur antara tujuh hingga 35 tahun yang berminat mendalami sukan berasal dari Thailand itu.

“Golongan muda tidak kira kanak-kanak mahupun remaja kini mudah terdedah dengan masalah sosial yang berpunca daripada pengaruh rakan sebaya dan persekitar­an.

“Jadi, daripada membiarkan mereka terjebak dengan gejala tidak sihat, lebih baik kita menarik golongan muda menyertai aktiviti berfaedah dengan menubuhkan kelab ini.

“Sekurang-kurangnya, mereka dapat belajar seni mempertaha­nkan diri dan menjadi seorang yang lebih berdisipli­n,” katanya.

Menurut Ajmaly, sesi latihan diadakan di gelanggang terbuka di kampung berkenaan dengan bantuan tiga pengajar yang berpengala­man dalam sukan berkenaan.

Katanya, latihan dari Isnin sehingga Jumaat selama tiga jam bermula 8.30 malam dan ada kalanya diteruskan pada hujung minggu jika terdapat kejohanan terdekat yang memerlukan latihan intensif.

“Sambutan diterima amat menggalakk­an terutama daripada ibu bapa yang memberi galakan kepada anak mereka turut serta. Memandangk­an ia ditubuhkan untuk manfaat komuniti, kelab hanya mengenakan yuran keahlian RM50 keahlian dan bayaran serendah RM1 bagi setiap sesi latihan.

“Setakat ini, keahlian dibuka untuk lelaki saja dan buat permulaan, ahli diajar mengenai teknik asas bersesuaia­n dengan status mereka sebagai amatur.

“Alhamdulil­lah, meskipun kelab ini masih baru, kami sudah meraih pencapaian antaranya kemenangan sembilan ahli dalam Festival Muay Perak dan kelayakan dua pemain kelab dalam skuad Sukan Malaysia (SUKMA) untuk mewakili Perak pada tahun ini.,” katanya yang juga memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankua­sa (AJK) Persatuan Muay Perak.

Sementara itu, penasihat kelab, Kamarul Daniel Kamaruddin berkata, dia aktif dalam sukan muay thai sejak 1992 dan sehingga kini masih aktif menyertai kejohanan bagi kategori veteran.

Kamarul yang juga

Ahli Jawatankua­sa (AJK) Teknikal Persatuan Muay Perak berkata, pengalaman itu akan digunakan sebaikbaik­nya untuk melatih ahli selain memastikan kemajuan kelab pada masa akan datang.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat menubuhkan kelab ini yang secara tidak langsung memberi platform kepada penduduk kampung aktif dalam sukan muay thai.

“Malah, lebih menarik apabila ada di antara ahli yang dulunya terjebak dengan kegiatan sosial kini menjadi individu yang lebih berdisipli­n sejak menyertai kelab ini.

“Diharap, ia terus mendapat sambutan dan sebagai penasihat, saya perlu memainkan peranan memastikan semua aspek termasuk sesi latihan dan keperluan digunakan pemain mengikut spesifikas­i Persekutua­n Antarabang­sa Muay Thai yang berpusat di Bangkok, Thailand,” katanya.

 ??  ?? SESI latihan membabitka­n pemain Kelab Muay Seri Manjoi.
SESI latihan membabitka­n pemain Kelab Muay Seri Manjoi.
 ?? FOTO: ?? KAMARUL Daniel (kiri) dan sebahagian ahli kelab.
FOTO: KAMARUL Daniel (kiri) dan sebahagian ahli kelab.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia