Harian Metro

Buat rawatan bulanan di salun

-

Dapatkan khidmat penata gaya rambut profesiona­l selain nasihat berkaitan masalah

bagi melancarka­n aliran darah. Rambut disembur sejenis produk agar serum bertindak 100 peratus ke atas kulit.

“Selepas itu serum argan stem sel epal disapu lapisan demi lapisan sehingga mengenai keseluruha­n rambut. Elakkan mengenai kulit kepala kerana bahan ini hanya aktif pada rambut sahaja. Selepas siap rambut digosok menggunaka­n alat seakan-akan ultrasonik C selama 10 minit. Ini dilakukan supaya serum menyerap masuk ke dalam rambut dan mula ‘bekerja’ merawatnya. Biarkan rambut sejuk seketika sebelum dibilas menggunaka­n air sejuk,” katanya yang turut membekalka­n serum kepada pelanggan.

Pelanggan mempunyai masalah rambut dinasihatk­an melakukan sendiri di rumah supaya rambut konsisten dirawat sepenuhnya.

Rawatan ini juga sesuai untuk mereka yang tidak pernah mewarna rambut namun kerap mengeringk­an rambut menggunaka­n alat pengering rambut.

“Terlalu kerap mengeringk­an rambut menggunaka­n alat pengering pada suhu tinggi menyumbang kepada masalah rambut kering dan bercabang. Sebaiknya ketika rambut masih basah gunakan suhu medium kemudian apabila rambut mulai mengering tukar kepada kepanasan tinggi untuk kesan optimum,” nasihatnya.

PANDUAN PENJAGAAN RAMBUT:

1. Cuci rambut dengan air sejuk bagi mengekalka­n kandungan minyak semula jadi pada kulit kepala sekali gus mengelak rambut kering.

2. Selepas mencuci rambut elak menggunaka­n alat pengering rambut pada suhu paling tinggi (panas) sebaliknya biasakan dengan suhu rendah kemudian tinggi bagi mengelak kesan kepanasan melampau pada rambut.

3. Penting mengunjung­i salun walaupun anda tidak melakukan sebarang rawatan mewarna rambut. Mencuci rambut cukup membuatkan rambut terjaga daripada masalah lebih kronik.

4. Untuk wanita bertudung pilih syampu berasaskan susu dan bukan jenis krim. Syampu susu lebih lembut dan merawat daripada menjadi kering.

5. Rawatan rambut sangat penting terutama untuk rambut berwarna.

6. Haruman rambut boleh disembur pada rambut bagi mengelak rambut berbau terutama untuk wanita bertudung.

7. Mereka yang ingin menukar warna rambut dinasihatk­an tidak memilih hitam, sebaliknya pilih coklat atau rona berbeza. Ini kerana untuk menukar hitam kepada warna berbeza memerlukan peluntur yang sangat tinggi. Ia merosakkan folikel rambut. -Siti Zarinah

Sahib

 ??  ?? SEMBUR rambut bagi memberikan kesan lebih optimum sebelum pemakaian serum.
SEMBUR rambut bagi memberikan kesan lebih optimum sebelum pemakaian serum.
 ??  ?? RAMBUT digosok menggunaka­n alat seakan-akan ultrasonik C selama 10 minit.
RAMBUT digosok menggunaka­n alat seakan-akan ultrasonik C selama 10 minit.
 ??  ?? SERUM argan stem sel epal disapu lapisan demi lapisan pada rambut.
SERUM argan stem sel epal disapu lapisan demi lapisan pada rambut.
 ??  ?? HALIMI
HALIMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia