Harian Metro

Serum bantu kulit sihat, cerah

-

Ada dalam kalangan pengguna menyamakan serum wajah dengan pelembap sedangkan tanggapan ini kurang tepat. Ini kerana tekstur serum jauh lebih ringan berbanding pelembap. Malah, serum mampu menghantar zat penting sehingga ke lapisan kulit paling dalam.

Menurut Pengarah Urusan Osra Beauty Enterprise, Norlidasar­i

Abu Osman, pelembap memberikan lebih perlindung­an kepada lapisan kulit luar terutama daripada sinar matahari dan pencemaran.

“Penggunaan serum wajah membantu kulit menjadi lebih sihat dan cerah. Serum wajah juga memberikan penembusan jauh lebih baik kerana kandungan zat aktif dalam serum yang tinggi membantu mengurangi bintik hitam dengan cepat.

“Serum wajah mengandung­i zat aktif penting seperti antioksida­n dan ini sangat diperlukan kulit agar kekal sihat. Kandungann­ya juga melindungi kulit daripada pelbagai faktor luar termasuk radikal bebas. Serum akan membantu mempercepa­t pertumbuha­n sel kulit baru dan menggantik­an sel kulit sudah mati. Ini membuatkan kulit menjadi tampak awet muda, segar, halus dan lembut,” katanya.

“Serum juga membantu mencerahka­n wajah lebih cepat terutama dalam kalangan mereka yang mengalami bintik hitam menjadikan wanita kurang keyakinan diri. Bintik hitam biasanya disebabkan faktor adanya kotoran pada wajah.

“Langkah yang betul, cuci wajah dahulu, diikuti serum dan pemakaian pelembap. D’Ida Bellezza Skincare & Beauty menawarkan pembersih wajah dan serum khusus untuk wanita yang wajah mereka sering terdedah dengan kekotoran,” katanya.

Produknya diformulas­ikan daripada ekstrak organik terpilih serta bebas bahan terlarang dan beracun. Ia membantu merawat menghilang­kan kemerahan di wajah, jeragat tebal sekali gus menjadikan wajah lebih cerah, halus dan berseri.

 ??  ?? PRODUK untuk kulit bermasalah.
PRODUK untuk kulit bermasalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia