Harian Metro

Tiada unsur prejudis

- Mohd Anwar Patho Rohman, Nor Ain Mohamed Rahdi, Luqman Arif Abdul Karim dan Ahmad Suhael Adnan am@hmetro.com.my

 Usul persempada­nan semula selaras prinsip pengasinga­n kuasa

Pembentang­an usul persempada­nan semula kawasan pilihan raya di Dewan Rakyat hari ini tidak bersifat prejudis walaupun pembangkan­g mendakwa laporan disiapkan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) itu masih dalam pertimbang­an kehakiman.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, pembentang­an usul itu tertakluk kepada bidang kuasa Parlimen selaras dengan prinsip pengasinga­n kuasa diamalkan di negara ini.

“Ini (amalan) demokrasi. Sesiapa saja boleh bersetuju dan tidak bersetuju. Itu pendapat orang lain (subjudis). Bagi pendapat saya, subjudis hanya tertakluk kepada kes tertentu.

“(Kalau) subjudis dalam kes ini, bermakna Dewan Rakyat tidak boleh buat apa-apa. Bagi saya dalam soal pengasinga­n kuasa ini, biar Parlimen buat kerja, mahkamah buat kerja dan eksekutif buat kerja masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri sambutan Hari Komanwel bertema Ke Arah Masa Depan Yang Sama di Parlimen, semalam.

Pembangkan­g sebelum ini menggesa Yang Dipertua Dewan Rakyat supaya tidak membenarka­n laporan persempada­nan semula kawasan pilihan raya dibahas di Parlimen sehingga semua notis bantahan berkaitan persempada­nan semula ditentukan mahkamah.

Ketika ini ada kes berjalan membabitka­n kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang mencabar proses persempada­nan semula di Mahkamah Rayuan dan Persekutua­n.

Dalam perkembang­an lain, Pandikar Amin menyerahka­n kepada pihak keselamata­n untuk mengawal keselamata­n di sekitar kompleks Parlimen hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia