Harian Metro

Hotel di Langkawi paling laku

-

Hotel di Langkawi mencatatka­n harga penginapan paling tinggi tahun lalu dengan kebanjiran pelancong dari China.

Menurut Indeks Harga Hotel (HPI) yang dikeluarka­n Hotels.com, lonjakan sehingga 19 peratus dicatatkan bagi penginapan hotel di Langkawi.

Pengarah Serantau bagi China Raya, Asia Tenggara & India, Hotels.com Jessica Chuang berkata, pada tahun lalu, harga penginapan hotel di Langkawi dan Pulau Pinang mencatatka­n pertumbuha­n kukuh berbanding 2016.

“Lonjakan 19 peratus harga hotel di Langkawi sejajar dengan pelancaran laluan penerbanga­n terus yang menghubung­kan pulau ini dengan Guangzhou dan Shenzhen, dua bandar utama di China,” katanya.

Menurutnya, pelancong Malaysia turut berbelanja lebih untuk penginapan pada tahun lalu dengan purata harga penginapan yang dibayar di Malaysia juga meningkat mengikut trend global.

“Kami melihat peningkata­n ketara dalam harga yang dibayar di semua destinasi utama dalam negara kecuali di Johor dan Sarawak.

“Kenaikan harga dua angka di Sabah pada tahun lalu sejajar dengan pertumbuha­n kukuh sektor pelanconga­n di negeri itu, yang menerima kedatangan 3.67 juta pelancong pada 2017 iaitu jumlah paling tinggi dicatatkan,” katanya.

Chuang berkata, kenaikan kukuh itu juga dapat dilihat dalam harga penginapan luar negara yang dibayar pelancong Malaysia tahun lalu, terutama di destinasi serantau seperti Bangkok, Singapura dan Hong Kong.

 ??  ?? JESSICA
JESSICA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia