Harian Metro

Risau periuk nasi terjejas

- Ayisy Yusof bisnes@nstp.com.my

 Pemandu beri pandangan berbeza sejurus pengambila­lihan Uber Asia Tenggara oleh Grab diumumkan kelmarin

Pemandu perkhidmat­an di Malaysia menzahirka­n perasaan bercampur baur dengan pengambila­lihan Uber oleh Grab di Asia Tenggara.

Segelintir pemandu bimbang pendapatan mereka berkuranga­n manakala sebahagian lagi gembira beralih ke Grab.

Grab, pengendali perkhidmat­an Malaysia mengumumka­n pengambila­lihan operasi Uber di rantau ini, Isnin lalu.

Sebahagian proses berkenaan menyaksika­n Uber akan memiliki 27.5 peratus pegangan dalam Grab manakala Ketua Pegawai Eksekutif Uber, Dara Khosrowsha­hi menyertai Grab.

Menurut Grab, pihaknya akan mengintegr­asikan perkhidmat­an dan perniagaan penghantar­an makanan Uber di rantau ini kepada platform pelbagai pengangkut­an dan teknologi kewanganny­a.

Sebagai pemandu Grab separuh masa, Ameer Mustafa berkata, pengambila­lihan itu dijangka memberi manfaat kepada syarikat untuk mengembang­kan perniagaan serantau namun ia memberi kerugian kepada pemandu dan penumpang Grab serta Uber.

Katanya, pendapatan pemandu mungkin berdepan situasi yang tertekan berkutan tiada persaingan lain dalam platform berkenaan di negara ini.

“Uber dan Grab bersaing memberi lebih banyak insentif kepada pemandu iaitu inisiatif mengekalka­n kesetiaan pemandu untuk beroperasi dalam platform

katanya. Tambahnya, operator juga memerlukan lebih banyak pemandu bagi melaksanak­an operasi dalam segmen berkenaan.

Sementara itu, pengamal media yang juga pemandu Grab, Suzy Zarei berkata, pemandu bagi perkhidmat­an itu dilihat tidak terjejas kerana pengambila­lihan itu hanya membabitka­n peringkat pengurusan.

“Kebanyakan pemandu Uber gembira beralih kepada Grab kerana ia menawarkan kelebihan mesra pemandu. Sebagai contoh, aplikasi Uber tidak memberi maklumat mengenai destinasi yang ingin dituju penumpang apabila menerima tempahan. “Pemandu hanya akan menerima lokasi penumpang namun ia tidak menunjukka­n ke mana tempat yang ingin dituju pemandu manakala Grab mempunyai segala maklumat mengenai perjalanan penumpang,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata, penggabung­an itu akan meningkatk­an pendapatan pemandu Grab memandangk­an pasaran dijangka berkembang di rantau ini dan mewujudkan banyak potensi perniagaan.

“Saya yakin perniagaan dijalankan Grab mendapat lebih banyak keuntungan selepas ini,” katanya.

 ??  ?? PENGGABUNG­AN Uber dan Grab dijangka meningkatk­an pendapatan pemandu.
PENGGABUNG­AN Uber dan Grab dijangka meningkatk­an pendapatan pemandu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia