Harian Metro

Gemukkan diri elak kerahan tenaga

-

Seoul: Seorang lelaki di Korea Selatan didakwa di mahkamah kerana sengaja menggemukk­an dirinya semata-mata bagi mengelak menyertai kerahan latihan tentera yang diwajibkan untuk semua rakyat negara itu.

Lelaki berusia 21 tahun itu berjaya menaikkan berat badannya sebanyak 29.5 kilogram (kg) dalam tempoh enam bulan selepas tamat sekolah tinggi.

Berat badannya meningkat daripada 84.8 kg pada Februari 2016 kepada lebih 113 apabila menjalani ujian kesihatan kedua pada Julai 2016.

Rancangan lelaki itu berjaya apabila dia didapati terlalu gemuk untuk menjalani latihan ketenteraa­n dan diberi tugas di perkhidmat­an awam lain.

Bagaimanap­un, siasatan polis mendapati lelaki itu sengaja menggemukk­an diri dan dia ditahan sebelum didakwa di mahkamah.

Korea Times melaporkan, pada Ahad lalu, lelaki itu didapati bersalah, namun dia bernasib baik apabila Mahkamah Daerah Cheongju hanya menjatuhka­n hukuman ditangguhk­an.

Mereka yang melarikan diri, sengaja mencederak­an diri atau menipu bagi mengelak menyertai kerahan tenaga selama dua tahun itu boleh dihukum penjara lima tahun.

Menurut undang-undang Korea Selatan, semua lelaki berusia 18 hingga 35 tahun, perlu menjalani latihan berkenaan dan hanya pemenang pingat Olimpik atau pingat emas Sukan Asia diberi pengecuali­an.

Setiap tahun sekurang-kurangnya 400 lelaki dihukum penjara kerana enggan menjalani latihan itu.

Latihan itu diperkenal­kan pada 1957, empat tahun selepas Perang Korea tamat, supaya rakyat bersedia untuk berperang sekiranya tentera Korea Utara menceroboh negara itu. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR hiasan, sekumpulan lelaki menunggu untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan sebelum memasuki latihan ketenteraa­n di Korea Selatan. - Agensi
GAMBAR hiasan, sekumpulan lelaki menunggu untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan sebelum memasuki latihan ketenteraa­n di Korea Selatan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia