Harian Metro

Kalah judi, upah palsukan kematian

- AFP

Seorang lelaki ditahan selepas memuat naik video pembunuhan­nya di media sosial bagi mengelak membayar AS$1,800 (RM6,975) selepas kalah dalam pertaruhan perlawanan kriket.

Pegawai kanan polis Dhaka, Kamruzzama­n Sardar, berkata, video kematian Adel Shikder, 28, itu dikongsi 10,000 kali dalam tempoh beberapa hari, mendorong pihaknya mengesan mayatnya.

“Adel mengupah jurusolek filem yang bertindak sebagai jurugambar video untuk ‘merakam’ pembunuhan­nya selepas kalah dalam pertaruhan AS$1,800 (RM6,975) perlawanan kriket antara Bangladesh dan India bagi merebut Piala Nidahas,” kata Kamruzzama­n kepada.

Bagaimanap­un, Bangladesh tewas pada perlawanan pada 18 Mac di Colombo itu, selepas pemain India, Dinesh Karthik berjaya meraih mata kemenangan bagi pasukannya.

Menurut polis, tiga lelaki kelihatan dalam video itu dan dua daripadany­a mengelar leher Adel.

Mereka dikatakan menggunaka­n sirap jus buah berwarna merah sebagai darah tiruan yang dicurah ke seluruh badan Adel, ketika imejnya dikelar dimuat naik di media sosial.

Adel juga dipercayai menghantar video kepada seorang individu yang tidak dikenali, selepas beliau kalah dalam taruhan berkenaan.

 Lelaki ditahan memuat naik video pembunuhan­nya selepas kalah dalam pertaruhan perlawanan kriket

peribadi yang dikumpulka­n.

Facebook akan meminta anda memasukkan kata laluan serta e-mail supaya anda dimaklumka­n apabila arkib anda sedia untuk dimuat turun.

Ia mungkin mengambil masa beberapa minit bergantung kepada berapa banyak data anda dan berapa lama anda menjadi pengguna Facebook.

Contohnya, jika anda sudah menjadi pengguna lebih sedekad, ia akan mengambil 10 minit untuk syarikat gergasi itu menghantar data.

Sebaik saja menerima fail anda, maklumat akan dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti rakan, pesan teks, pengiklan dan banyak lagi.

Fail arkib itu boleh sehingga 10 tahun lalu, malah termasuk maklumat yang pengguna sangka mereka sudah memadamkan­nya.

Ada pengguna terkejut mendapati Facebook mempunyai maklumat setiap orang dalam buku alamat, malah wartawan CNN menyatakan mengandung­i nombor mendiang neneknya yang tidak pernah menggunaka­n Facebook atau e-mel.

Ramai terkejut mendapati senarai pengiklan Facebook yang berkongsi data pengguna media sosial itu, ada yang sehingga 100 syarikat.

Sementara itu, AFP melaporkan Jawatankua­sa Digital, Budaya dan Media Parlimen Britain mahukan CEO Facebook, Mark Zuckerberg, sendiri memberi taklimat mengenai kebocoran data itu, sama ada melalui sidang video atau datang sendiri, bukannya menghantar eksekutif kanannya.

Kesatuan Eropah pula memberi masa dua minggu kepada Facebook untuk menjawab soalan mengenai skandal membabitka­n syarikat Britain Cambridge Analytica (CA), menggunaka­n aplikasi bagi mengumpul data peribadi pengguna serta rakan pengguna media sosial itu. - Agensi

 ??  ?? ADEL ditahan selepas polis mendapati dia memalsukan
kematianny­a. - Agensi
ADEL ditahan selepas polis mendapati dia memalsukan kematianny­a. - Agensi
 ??  ?? PETIKAN video kononnya dua lelaki membunuh Adel. - Agensi
PETIKAN video kononnya dua lelaki membunuh Adel. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia