Harian Metro

‘JANJI SAYA’

- Ferzalfie Fauzi ferzalfief­erzalfie@nstp.com.my

Pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie bersedia memberikan aksi terbaik pada kejohanan Masters Orleans di Paris minggu ini namun pembabitan­nya kali ini sedikit berbeza kerana pada masa sama turut beraksi dalam acara beregu lelaki.

Menurut pemain berusia 20 tahun itu, ia satu cabaran besar buatnya kerana sudah hampir setengah tahun tidak beraksi dalam acara beregu lelaki.

“Beregu lelaki dan campuran memang dua kategori yang amat berbeza, jadi saya akan cuba memberikan yang terbaik kerana pasangan saya, Hoo Pang Ron juga seorang pemain beregu campuran,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, dalam saingan beregu campuran berganding­an dengan Peck Yen Wei, Tang Jie mengakui dia mempunyai misi tersendiri terutama untuk mengetepik­an pasangan Denmark, Joachim Fischer Nielsen-Alexandra Boje pada pusingan pertama.

“Memang kami mengharapk­an dapat melakukan kejutan ke atas Joachim yang pernah muncul naib juara Seluruh England pada 2016 ketika berganding­an dengan Christinna Pedersen.

“Lagipun gandingan saya dengan Yen Wei juga bertambah mantap dan kami harap mampu meraih beberapa

 Tang Jie janji pamer aksi terbaik pada Masters Orleans

keputusan cemerlang pada masa akan datang,” kata Tang Jie.

Dalam beregu lelaki,

Tang Jie-Pang

Ron akan berdepan laluan sukar apabila menentang pilihan utama dari India,

Manu

Attri-B Sumeeth Reddy hari ini.

Awal tahun ini, gandingan Tang Jie-Yen Wei hampir melakar kejutan pada Masters Thailand apabila

mereka berjaya mara hingga ke separuh akhir namun perjuangan mereka disekat oleh wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranuk­roh-Puttita Supajiraku­l.

Bagaimanap­un, selepas itu prestasi mereka sedikit menurun dan pada masa sama, Tang Jie perlu mengikut perancanga­n beregu campuran apabila menukar gandingan bersama Cheah Yee See sebelum kembali bersama Yen Wei pada Masters Orleans.

Tang Jie yang menyertai BAM tahun lalu turut menimba ilmu bersama pemain berpengala­man beregu campuran, Goh Liu Ying dan mereka meraih gelaran Siri Antarabang­sa India tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TANG Jie turut beraksi dalam acara beregu lelaki. PANG Ron bakal berganding dengan Tang Jie
TANG Jie turut beraksi dalam acara beregu lelaki. PANG Ron bakal berganding dengan Tang Jie
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia