Harian Metro

Harap tuah latihan di China

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

 TTAM sasar skuad lelaki dan wanita sekurang-kurangnya mara ke suku akhir Sukan Komanwel

Pasukan lelaki harus menjadi pertaruhan terbaik skuad ping pong negara pada Sukan Komanwel di Gold Coast, bulan depan.

Selepas gagal menyumbang pingat dalam empat temasya sejak sukan itu dipertandi­ngkan di Manchester 2002, Gold Coast diharap mampu menghadirk­an tuah kepada Ashraf Haiqal Rizal

(gambar), Leong Chee Feng dan Choong Javen mengakhiri kemarau tanpa pingat pada temasya kedua terbesar dunia itu.

Malah, harapan tinggi diletakkan kepada pasukan lelaki selepas skuad wanita yang sudah dua kali membawa pulang pingat iaitu gangsa di New Delhi 2010 dan perak (Glasgow 2014) dalam acara berpasukan dijangka berdepan sukar mengulangi pencapaian itu.

Ini selepas skuad yang meraih perak empat tahun lalu selepas tewas kepada Singapura 0-3 pada final akan beraksi tanpa khidmat Beh Lee Wei dan Ng Sock Khim yang bersara selepas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu.

Ketiadaan mereka menyaksika­n cabaran negara hanya digalas Ho Ying dan dia akan berganding­an dengan Alice Chang, Karen Lyne dan Lee Rou You.

Justeru, tidak hairan Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) tidak meletakkan harapan tinggi kali ini, sebaliknya hanya menyasarka­n skuad lelaki dan wanita sekurang-kurangnya mara ke suku akhir.

Walaupun tidak diletakkan harapan tinggi, Ashraf yang juga pemain ranking pertama negara menegaskan dia dan rakan sepasukan akan melakukan yang terbaik di Gold Coast.

“Berdasarka­n rekod skuad lelaki masih belum menyumbang pingat dan sudah tentu kami harap mampu melakukann­ya kali ini,” katanya yang berharap latihan sebulan lebih di China akan membantu mereka melakukan kejutan.

 ??  ??
 ??  ?? CHEF de Mission Huang Ying How (kanan) memberi taklimat kepada atlet ping pong.
CHEF de Mission Huang Ying How (kanan) memberi taklimat kepada atlet ping pong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia